Remaja lari ikut kekasih

Thursday, February 23, 2012 Nazlee Ismail 9 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !



KANCHONG DARAT - Seorang remaja yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melarikan diri sejak 14 Februari lalu dipercayai mengikut teman lelaki warga Pakistan.

Nurul Zakiah Hidayah Azman, pelajar tingkatan lima, Sekolah Menengah kebangsaan Bandar Banting (SMKBB) keluar rumah pada hari berkenaan untuk pergi ke sekolah namun tidak pulang sehingga hari ini.

Menurut ibu saudaranya, Norlaila Saad , 43, bapa Nurul, Azman Saad, 51, diberitahu pihak sekolah yang anaknya tidak hadir ke sekolah pada hari terakhir dia keluar rumah.

Katanya, keluarganya mengesyaki remaja berkenaan telah melarikan diri bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai “Samer Khan” yang bekerja di sebuah kedai borong, di Pekan Banting.

“Sejak kebelakangan ini, sikap Nurul berubah setelah dia menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan yang dikenalinya ketika dia bekerja sementara di sebuah pasaraya di sini.

“Sudah puas saya menasihatinya supaya tidak menjalinkan hubungan dengan lelaki terbabit memandangkan dia masih lagi belajar dan bakal menduduki SPM tidak lama lagi,” katanya yang menjaga anak saudaranya itu sejak 12 tahun lalu selepas ibunya meninggal dunia.

Lebih merisaukan lagi katanya, Nurul pernah menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan teman lelakinya itu tetapi keluarga hanya mendiamkan diri.

Tambahnya, pada hari dia hilang, Nurul ada berpesan kepada pemadu van sekolah supaya mengambilnya jam 4 petang.

“Tidak sangka pesanan terakhir Nurul dipercayai hanya tipu helahnya untuk melarikan diri,” katanya.

“Saya risau sekiranya anak saudara saya dipermainkan atau dibawa lari oleh lelaki Pakistan tersebut kerana pengusaha kedai borong tersebut memaklumkan pekerjanya (lelaki Pakistan) sudah tidak berkhidmat di kedainya sejak 14 Februari, tarikh yang sama anak saudaranya hilang dan turut membawa barang-barangnya tanpa sebarang notis,” katanya.

Azman ketika dihubungi berkata, laporan polis telah dibuat pada 15 Februari dan meminta bantuan orang ramai yang mengetahui di mana anaknya berada supaya menghubunginya di talian 019-2959178 atau 012-9121072 (Puan Za) atau datang ke mana-mana balai polis berhampiran.

Katanya, dia mahu Nurul pulang dan berbincang terlebih dahulu dengan keluarga kerana dia bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

www.sinarharian.com.my

"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

9 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sallam,

    Trend remaja zaman sekarang,
    amat menakutkan, Minta Allah jauhkan
    keluarga kita dari perkara2
    macam ini...

    ReplyDelete
  3. Astaghfirullah.... takut kakak kalau baca berita macam ini. Anak kakak pulak semuanya perempuan. Selalu kakak pesan apa-apa mama-papa mesti dirujuk dulu.

    Anak-anak ingatlah kekasih yg baik tak akan melarikan wanita utk dijadikan jodoh...

    ReplyDelete
  4. salam pakcik, kalau setakat baca 25 kali tu, untuk public ajelah...cubalah

    ReplyDelete
  5. @Kakzakie: memang merisaukan, sama sekolah dgn anak sulung sy tu..

    ReplyDelete
  6. @Panglima Muda: ye kan, baru semalam baca entri PM tentang minyak pengasih...

    ReplyDelete
  7. Semoga terbuka pintu hatinya untuk kembali sebelum sesuatu yang lebih buruk mungkin terjadi.

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Kesian mak ayah dia ... moga anak ini insaf dan kembali ke pangkal jalan

    ReplyDelete
  9. NI MESTI RUPA MAMAT PAKISTAN TU SERUPA SHAH RUKH KHAN... ADUHAI.. PULANGLAH ANAK2...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.