Suami Berdiam Diri Tanda Protes ?
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !Senario suami menjadi pendiam dalam rumah tangga dan berubah watak apabila berada di luar memang banyak berlaku. Memang ada suami yang hanya bersikap pendiam di rumah atau bersama pasangan, tetapi tidak bersikap seperti itu ketika berada bersama rakan atau di luar rumah seperti di tempat kerja. Ada isteri yang berputus asa dan membiarkan suami dengan sikap pendiam asalkan rumah tangga bahagia. Namun, ada juga wanita yang terus bersabar dan terpaksa memendam perasaan serta terus berada dalam keadaan tertekan.
Kenapa Suami Pendiam?
Banyak faktor yang menyebabkan suami menjadi pendiam ketika di rumah dan antaranya ialah tidak wujud lagi hubungan mesra antara pasangan berkenaan seperti mana mereka bercinta dulu.Faktor lain ialah timbul kebosanan suami terhadap kerenah isteri yang selalu mengongkong, banyak bertanya dan asyik membebel atau bercakap tidak berhenti-henti tanpa mengira tempat dan keadaan.
Anda sebagai isteri merasakan tindakan anda sudah cukup betul tapi sebenarnya salah.
Untuk ‘melarikan diri’ daripada semua itu dan tidak mahu menimbulkan konflik serta keadaan haru biru, Suami memberontak atau protes secara diam dengan mengambil sikap mendiamkan diri.
Sikap seperti itu sebenarnya tidak baik untuk hubungan antara suami isteri. Sikap dan tindakan suami itu akan lebih menyakitkan hati isteri yang tidak faham serta tidak tahu apa-apa dipendamkan oleh pasangannya.
Alasan Suami bersikap begitu,
Kerana tiada cerita yang boleh dikongsi bersama atau topik menarik yang perlu dibincangkan dengan isteri.
Mungkin ketika bercinta dulu, sudah banyak perkara dibincangkan bersama sehingga tiada ‘modal’ lagi untuk dijadikan bahan perbualan.
Sindrom suami menjadi pendiam di rumah tidak boleh dibiarkan berlanjutan kerana konflik seperti itu bukan saja membuatkan rumah tangga menjadi hambar, tetapi turut menyebabkan sehingga berlaku perceraian. Nauzubillah !.
Sebagai pasangan yang perihatin, buatlah perbincangan mengenai isu kekeluargaan dan tanggung jawab, suami isteri juga boleh berkongsi cerita atau meluahkan perasaan masing-masing mengenai hal di luar seperti masalah di tempat kerja atau tekanan dihadapi...elakkan 'badmoody' memanjang..
wokeh !!
"Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"
Sebenarnya yang pendiam itulah yang bahaya. Kita tak tahu apa yang mereka fikir dan apa yang ada dlm fikiran depa. Sukar diramal.
ReplyDeleteSebab tu, perkahwinan bila kurang komunikasi sangat bahaya.
betul betul, masa tu aku tengah protes.....
ReplyDeleteItu kalau suami yg diam..
ReplyDeleteBagaimana kalau isteri pula mendiamkan diri!!!
Apa2 pun dua2 kena tolenrasi.Susah senang bersama hingga ke liang lahad..
Ikuti kisah akak
http://suarahatidanceritaku.blogspot.com/..Adakah suami2 lain yg sanggup terima cabaran spt ni???Why
ooo...macam tu...Alhamdulillah suami yatie tak macam tu hehehe
ReplyDeleteatau hutang keliling perut..
ReplyDeleteErrmmm.. dalam situasi saya, saya yang pendiam. Suami sentiasa ada topik untuk dibual/ dibincangkan. Bila suami jadi pendiam, saya pun tak banyak soal, tunggu dia sendiri ceritakan..
ReplyDeletePada pandangan saya, semakin banyak kita bercakap akan semakin banyak 'kesalahan' akan timbul. Kadang-kadang diam itu lebih baik dari berkata-kata kecuali bercakap sesuatu yang baik dan memberikan kebaikan/ manfaat..
Setiap rumahtangga itu lain lain ragamnya.. kan?
ermm..ragam rumahtangga...=)
ReplyDeleteassalamualaikum PCL...betul tu jgnlah bermasam muka berpanjangan ambil jln mudah dan teruskn seperti biasa...:)
ReplyDeleteSEKIRANYA ADA MASALAH, ELOK BERBINCANG BERSAMA. KALAU DIAM SAJA, SIAPAPUN TAK TAHU. TAK ELOK PENDAM2..
ReplyDeleteOOooo...mcm tu rupanya. Nanti nak tengok abah kat umah diam atau ceria...
ReplyDeleteno moody2..chill up,huhu
ReplyDeleteif sindrom ni terjadi kat isteri plak camane???
ReplyDeleteisteri blk umah diam je...suami lak bebel sensorang???