Umairah Suka Kungfu...

Saturday, February 25, 2012 Nazlee Ismail 2 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

haha..kalau baca pada tajuk tu nampak  Umairah ni  macam lasak orangnya, hakikatnya dia adalah budak yang lemah lembut seperti mamanya juga..

Meminati filem-filem aksi Jacky Chan yang mempamerkan  seni kungfu dalam lakonan beliau. Selain itu, Umairah juga sangat mengemari mi kungfu...kalau tak makan di rumah, kami akan makan di restoran atau kedai makan sekitar sini.

Kalau nak diikutkan resepi Maktok telah diwarisi oleh mamadiana, tapi disebabkan kesuntukan masa, kami tidak berpeluang merasa masaka berkenaan.

Sengaja aku sertakan resepi kegemaran Hanis Umarah di sini agar suatu masa nanti  aku sendiri boleh membuatnya...


BAHAN-BAHAN UNTUK MI :
1 mangkuk mi
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu cili kering
2 sudu kicap cair
CARA MEMBUAT :
1. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kering dan gaul sebati sampai cili masak.
2. Kemudian, masukkan kicap cair lalu masukkan mi. Kacau sampai mi masak.
BAHAN UNTUK KUAH :
2 ulas bawang putih
1 mangkuk air rebusan ayam
2 sudu sos tiram
2 sudu sos sotong
1 mangkuk kecil udang
1 mangkuk kecil potongan ayam
1 mangkuk kecil sotong
1 sudu tepung jagung
Garam
Sedikit sayuran
CARA MEMBUAT :
1. Tumiskan bawang putih sampai naik bau. Kemudian masukkan sos tiram, sos sotong, ayam, sotong dan udang serta sayuran.
2. Akhir sekali masukkan air rebusan ayam, garam secukupnya dan tepung jagung bagi memekatkan kuah.
3. Setelah masak tuangkan kuah ke dalam mi yang telah siap digoreng tadi.
PCL ; ..lain sikit budak nih, kegemarannya pada makanan tertentu cepat berubah-ubah dan selalunya tak bertahan lama, sebelum ni dia mengemari roti canai, roti telur dan  roti kebulur...dan kini :

menikmati mi kungfu...emmmh!


  "Wallawey woot..woot!! Blogging Mau Ikhlas..Terima Kasih baca-baca di sini"

2 comments:

  1. PCL wat sendiri mesti umairah terharu giler2...

    ReplyDelete
  2. waaa.. lame xmkn.. best.. kuew tieow kungfu.. haiyakk..hihi

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.