Anak tak minta upah tapi ibu yang bagi..

Monday, March 26, 2012 PCL 8 Comments

....camana tuh !!

Salam..

Blogger ini baru diterjah sebentar tadi menarik minat saya membaca entrinya tentang ;
KISAH SESEORANG ANAK YANG MENILAI PERGORBANANNYA DENGAN WANG RINGGIT.

 kenali Blogger  SILENT MOOD

antara kandungannya :

Senarai upah membantu ibu :
1) Membantu pergi ke kekedai : RM 2.00
2) Menjaga adik : RM 2.00
3) Membuang sampah : RM 0.50
4) Mengemaskan Tempat Tidur : RM 2.00
5) menyiram bunga : RM 2.00
6) Menyapu Halaman : RM 2.50
Jumlah Keseluruhan : RM 11.00

...sayangkan anak kerana sering membantu dan sebagai galakan bebuat demikian , para ibubapa lazimnya memberi   upah dan bukannya mereka (anak) yang meminta.

adakah ini berlaku lagi , ya..sememangnya...saya jawab bagi pihak saya. Anda pula bagaimana ? mesti ada alasannya kan.

PCL : syukur alhamdulillah, anak-anak saya semakin besar semakin memahami pengorbanan sebenar mereka kepada kami berdua sebagai ibubapa.

8 comments:

  1. perbah terbaca kisah tu,memang besar pengorbanan orang tua pada kita,tak terbalas dgn wang ringgit..anak,seharusnya memahami dan mengerti...

    ReplyDelete
  2. masa kecik2 dulu mungkin budak2 tak berapa paham...buat kerja sikit mintak upah...bila da makin membesar..mungkin mereka da paham...

    ReplyDelete
  3. MASA KECIK2 DAHULU, EMAK SAYA MENJUAL KUIH.. MEMANG BANYAK.. TIAP2 HARI SELEPAS BALIK SEKOLAH SAYALAH ORANGNYA YANG AKAN MEMBASUH SEMUA PERALATAN-PERALATAN MEMBUAT KUIH.. DAN TIAP2 HARI EMAK SAYA UPAH RM1..

    ReplyDelete
  4. sejak kecil sy tak penah meminta. kalau parents nak bg, sy terima. Tp kalau mase sekarang ni, wajar jugak la bg ganjaran kat anak2 bg menggalakkan mereka rajin menolong. sy tau, sebab sy tengok anak buah saya macam tu..kalau tak dibagi upah, jangan harap dia nak menolong ayahnya kat kebun..daripada tolong mak ayah baik diorang main game ke ape kan..

    ReplyDelete
  5. AsSalam,

    Mungkin masih berlaku lagi pada zaman sekarang,tapi kita perlu jelaskan dan dalam masa yg sama kita ajar anak-anak kecil ini menabung. Duit bukanlah segala-galanya tetapi sebenarnya mengajar anak bahawa untuk mendapatkan duit bukannya mudah dan perlu berusaha dan mungkin bila anak-anak dah besar mereka akan mengerti apa yg telah kita lakukan....InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. tgk ank2 buah CM,kalau kene tinggal kat umh jap, hulur tgn mintak upah..

    ReplyDelete
  7. kira murah lah tu upah tu .. anak saya minta basikal fixie, piano, kamera dll sebagai upah .. hehe

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum PCL...anak2 mama x pernah diajar memberi upah bila mereka melakukn sebarang kerja mcm ni sbb kalau dah biasa nanti mmg akan jadi kebiasaannya...:)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.