Bau Bacang ke...Macang ?

Thursday, March 22, 2012 PCL 11 Comments

..kalau kebiasaanya di sebut macang....buah macang yang kekadang orang dapur masukkan dalam sambal belacan......haa kan dah terliur tuh.

okeh, kita masuk kelas bahasa plak ye..bau bacang bermaksud "hubungan persaudaraan yang jauh" contohnya ; Hassan dan Abu adalah rakan sepejabat. Abu adalah anak kepada Ali. Hassan pula cucu kepada Husin. Husin pula adalah datuk kepada Ali, jadinya Abu adalah  bau-bau bacang dengan Hassan.

Untunglah kalau ada sedara yang baik-baik, baik dari segi akhlak dan agamanya...kalau bukan saudara bau-bau bacang pun pasti suadara seagama.


(bahan dari sumber FB, terima kasih kpd yg berkenaan.)
PCL : dah kata sedara seagama....kena nasihatlah apa yang patut, jangan tengok saja kawan di sekeliling kita 'hanyut' , tegurlah selagi boleh , buatlah setakat mana yang termampu.....tanggung jawab tuh, INGAT !



11 comments:

  1. betul tu PCL.. malangnya org sekarang lebih memandang pada rupa dan harta dari agama dan keturunannya.. ada org boleh terima teguran.. ada org bila ditegur katanya kita jeles... erm...

    ReplyDelete
  2. betul tu umur semakin meningkat..kena la berubah kearah kebaikan..masih belajar ke untuk ke arah yang lbh baik..

    ReplyDelete
  3. Tapi kan PCL, org skrg mudah benar beranginnya kalau ditegur. Itu tegur sipi2, tak direct kat dia....pun dah masam muka. Tak berani la akak, lebih2 lg saudara mara. Bila ditegur, anggapan mereka kita ni dah bagus sangat, pdhal kita sygkan dia.

    ReplyDelete
  4. @QueeN TerataI: ye la kan...semakin tinggi nilai dan kesanggupan memiliki, semakin tinggi jugakah imannya? tp tu bukan ukuran sebenar yg dicari.

    ReplyDelete
  5. @~~zAnAfAhMi~~: teruskan, biar mereka beranggapan macam2...teguran yg membina tak jadi salah pun, tp bersemuka lebih baik dari tegur sindiran.

    ReplyDelete
  6. takpelah kalau teguran yg diberi tak diterima, yg penting kita dah jalankan tanggung jawab kita sebagai hamba ALLAH..

    ReplyDelete
  7. bukan semua boleh terima teguran kita kan..bagus Pcl saling nasihat menasihati..moga beroleh pahala..

    ReplyDelete
  8. betul tu abg.long..kita muslim semuanya bersaudara..

    ReplyDelete
  9. @Tiramisu Fatiema: alhamdulillah, semuanya da tggjwb.

    ReplyDelete
  10. @Yatie Awang: tegur2lah klu npk mana yg tak kena

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.