Berilah kekuatan dan semangat yang tinggi

Monday, March 05, 2012 Nazlee Ismail 2 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh , mari kita berdoa kehadrat Ilahi semoga sentiasa bersemangat.

Bismillahhirrahmanirrahim.








Segala puji bagiMu Ya Allah, dan junjungan kami Nabi Muhamamad SAW.


Ampunkanlah segala kesalahan kami, kesalahan kedua ibubapa kami serta kesalahan guru-guru kami dan panjangkanlah umur kami.


Ya Allah...Berilah rezeki kepada kami, tolonglah kami dan jauhkanlah kami daripada segala perbuatan bid'ah dan khurafat.


Ya Allah...Berilah kami kemantapan hati untuk mencari redha-Mu, baik di dunia mahupun di akhirat. Serta masukkanlah kami ke dalam golongan para hamba-Mu yang Soleh.


Ya Allah...Jauhkanlah kami daripada sifat tamak dan haloba terhadap duniamu, jika hal itu akan menjauhkan kami daripada Engkau Ya Allah...!


Ya Allah...Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada lalai dalam mengingati-Mu Ya Allah...!


Ya Allah...Berilah kekuatan dan semangat yang tinggi pada kami  untuk meneruskan urusan yang diamanahkan.


Berkati segala apa yang kami kerjakan mulai pagi ini sampai di akhir pekerjaan kami YA ALLAH..


Amin Ya Rabbal 'alamin


****

PCL : semoga kita tetap menjadi manusia yang tidak pernah bosan untuk selalu berdoa dan bersyukur.


2 comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.