Dataran Persisiran Sungai Kerian Parit Buntar Perak.
![]() |
santai bersama famili |
....memang dah lama sangat pcl tak ke sini, last sekali masa baru lepas kawen dulu tu pun nak ajak mamadiana rehat sambil makan mee goreng 'terapung'.
kalau nak diingatkan kembali, kisah mee goreng terapung ni tak ramai yang tahu kewujudannya hanya mereka yang sebaya lebih kurang dengan unur pcl saja... Sebenarnya nama terapung tu diambil dari kedudukan kedai di tepi sungai suatu ketika dulu, masa tu zaman pcl skolah menegah, bila outing dengan kengkawan tempat inilah jadi stesen persingahan makan kami.
![]() |
persisirang Sungai Kerian, Parit buntar Perak dan Bandar Baharu Kedah |
Kini sudah menghampiri 20 tahun masa berlalu..tapak kedai makan tu pun tak kelihatan dah...dan kini dah jadi tempat riadah persisiran sungai.
Kawasan sekitar adalah merupakan pekan lama Parit Buntar dipisahkan dengan sebatang sungai yang menjadi sempadan dua negeri iaitu Parit Buntar, Perak dan Bandar Baharu, Kedah.
![]() |
salah timing daaa..., kalau minggu depan kan besttt! |
Sengaja pcl bawa famili bersiar di sini, ingatkan nak belanja makan mee goreng terpaung....haha, rupanya nampak sampah sarap jer terapung di sungai tu haha...
... jalan-jalan makan angin kat sini.. tak tau plak kebiasaannya ada acara rasmi yang diadakan tiap-tiap tahun kat sini :
Hari Air Sedunia 2012, Majlis perasmiannya dilakukan oleh YAB Tan Sri Dato' Seri DiRaja Hj Muhyiddin Yassin , TPM Malaysia.
...malangnya bukan minggu ni, ianya diadakan pada 24 Mac 2012, Sabtu minggu depan. Berbagai aktiviti yang telah dijadualkan berlangsung antaranya ialah seperti perahu panjang, gerai jualan, rivers cruise, ceramah perdana, gerai pameran, bot berhias, bunga api, memancing dan banyak lagi.
..sekiranya anda berkelapangan lebih-lebih lagi mereka yang berada di kawasan berhampiran , datang lah beramai-ramai mulai 20 Mac hingga 24 Mac ini.
ada siapa-siapa ke yang tinggal berhampiran ??
Published with Blogger-droid v2.0.4
Assalamualaikum PCL
ReplyDeletetak pernah sampai ke situ lagi
dah pernah pergi pcl..time balik kampung..huhu..kat situ memang cantik..bila sampai prt buntar?
ReplyDeleterasanya macam pernah sampai di sini..
ReplyDelete@atuk: kalau rajin jejalan cari makan...sampai la suatu hari nanti, call pcl.
ReplyDelete@fairus: org Melaka pn dah penah sampai...
ReplyDeleteniat untuk bercuti di Perak tu memang dah ada. tapi belum berkesempatan lagi, katanya tahun ini tahun melawat perak,kalau tak silaplah.. insyaAllah kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur sampai juga nanti...
ReplyDeletePCL..Saya pernah sampai ke perak, tapi atas urusan kerja... Semuga satu hari nanti dapat kesana lagi sekali untuk makan angin pula...
ReplyDeleteApa tempat yang menarik disana PCL?
P/s- di jemput follow blog saya dan berikan komen .. maklumlah saya masih baru dalam dunia blog. Minat tengok Blog PCL yang sangat canggih ni!!
@nasir hamzah: silakan ke Perak sempena Tahun Melawat Perak 2012 ini...insyaAllah moga ada kelapangan.
ReplyDelete@Pemandu Teksi JB: sempena Tahun Melawat Perak, ramai2 la kita mengunjungi destinasi pelancungan , nak sebut pn pcl tak pandai sgt lg pn pcl bukan duta...haha.
ReplyDeleteInsyaallah PCL.. thanks la follow saya punya blog...
ReplyDelete