Hobi Tambah Pendapatan Keluarga

Monday, March 12, 2012 Nazlee Ismail 10 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


gambar hiasan


SETIAP orang yang mempunyai hobi tersendiri mampu mengatur masa lapangnya dengan terancang, berdisiplin dan berkesan.

Individu yang tahu memanfaatkan masanya boleh memaksimumkan hobi tersebut untuk menambah pendapatan terutama bagi suri rumah mahupun wanita bekerjaya.

Hobi boleh dikembangkan melalui penambahan ilmu dan kemahiran yang diperoleh melalui kursus tertentu.

Antara hobi yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan ialah membuat kek atau coklat di rumah.

Melalui kaedah moden, perniagaan ini mampu berkembang dari rumah.

Di samping menguruskan rumahtangga, suri rumah dapat memanfaatkan masa terluang untuk tujuan meningkatkan pendapatan keluarga.

Usaha ini tidak memerlukan modal besar untuk memulakan perniagaan asalkan dia rajin berusaha, inovatif dan kreatif.

Walaupun ramai yang sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan seumpamanya namun masih ramai lagi ingin mencuba nasib yang sama dalam persaingan sihat itu. Mereka sentiasa ingin memajukan diri, berbagai medium telah digunakan antaranya adalah internet melalui blog/website perniagaan secara online.

Sesebuah kejayaan boleh dicapai apabila seseorang itu mempunyai semangat dan keyakinan diri.

pcl : Internet, gunakan sebaik-baiknya dan janganlah disalahgunakan termasuk untuk menabur fitnah.

10 comments:

  1. tapi masih ramai lagi yg lebih seronok bergossip berbanding jana pendapatan..hehe..

    ReplyDelete
  2. @Rai: mungkin itu yang lebih mudah dan memuaskan hati sendiri..agaknya lah huh !

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum PCL

    kawan satu pejabat saya dah berjaya dlm perniagaan melalui internet ni...

    ReplyDelete
  4. @atuk: tahniah kpd kwn Atok tu, kekadang tu dlm diam sampai kita sendiri pon tak tahu...kena hebahkan la, tlg support !

    ReplyDelete
  5. salam.. sy dari taotauajer, cane wat teplate blog camnieh? lawa.. ajar sket

    ReplyDelete
  6. @taoslayerz:tq, template standard blogspot je bro..

    ReplyDelete
  7. singgah jengah blog PCL.. hehe..

    ReplyDelete
  8. NAK KAYA RAYA PUN BOLEH.. KENALAH PANDAI MACAM PENCIPTA FACEBOOK.. BEBETUL DIA BUAT DUIT..

    ReplyDelete
  9. kerana internet la sy leh bisnes kecil2 an..alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum PCL...mmg mudahkan kalau tahu berniaga menggunakan internet kearah yg lebih baik...:)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.