Kena balik rumah cepat selalu...

Wednesday, March 07, 2012 PCL 6 Comments

Ada spa di rumah ?...emmmh. 

****
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !

Spa, satu terapi yang merehatkan seperti urutan dan mandian yang sekali gus mengembalikan kesejahteraan pada tubuh dan minda....ceh serius boleh !...haha.

tak semua keluarga mampu sediakan spa bagai semua tu di rumah..kita ni alakadar je, ikutlah keserasian kita suami dan isteri mahukan spa yang bagaimana khususnya di kamar sendiri.

kalau tak pun ada cara seumpamanya yang boleh membawa kebahagian kepada pasangan masing-masing.
masih ada cara...bukannya nak senang-senang je beralasan cari spa atau massage berbayar kat luar...huh !

serius lagi..

Kepada para isteri, cuba tawarkan diri anda untuk massage suami. Ini boleh melegakan rasa letih dan tekanan seharian di luar rumah. Urutan dengan penuh kelembutan, bukannya dengan penuh keterpaksaan.

Ada yang suka sangat urut-urutan nih.

Ada orang tak suka diurut, geli lah katanya..haha buat aku senyum sendiri bila buat entri nih.

lagi bagus kalau suami boleh urutkan isterinya *tukar giliran . Kesian isteri seharian kerja, masak, jaga anak dan mengemas rumah...kan !


gambar sejuk je  ..(hiasan dari google)

6 comments:

  1. akak massage anak yg bungsu je lah...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum PCL...yer la sekali sekala suami la plak massage isteri kan lagi la bertambah syg isteri pd suaminya...:)

    ReplyDelete
  3. kalau macam tu masing2 kena belajar mengurut.. tul tak?? huhu

    ReplyDelete
  4. kalu hok xder bini cam aku camne ek..hahahhaa

    ReplyDelete
  5. Bila kita kepenatan dirumah dgn anak2 bahagia bila suami juga tolong sama picit memicit.. hilang segala penat melayan anak2 dan hal rumah... =)

    ReplyDelete
  6. haaa baru bahagia camni...takde can dah suami2 yg hidung agak2 nak jadi belang tu tumbuh belang, nk pi rumah urut..hehehe

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.