Solat Duha : Denda Lewat masuk kelas..

Tuesday, March 27, 2012 Nazlee Ismail 10 Comments

Setelah pulang dari sekolah, Husnina mengeluh...katanya kena denda dengan guru disiplin pagi tadi, denda sebab masuk lewat ke sekolah.. sebab musababnya berpunca dari kereta pakcik driver datang  ambil lewat sangat yang mungkin tak disengajakan beliau...hurm ! .





jika difikirkan , ada bagusnya juga kalau cikgu denda murid yang datang lewat sekolah sesi pagi dengan menyuruh murid-murid tersebut bersolat duha dan berdoa mohon tidak lewat lagi sebelum menyabung kelas pembelajaran yang berikutnya.

PCL : adalah lebih baik dari didenda berdiri di luar kelas sepanjang masa yang dah tentunya merugikan masa yang sudah rugi itu...

apa pendapat anda dalam hal ini ?.




10 comments:

  1. yup setuju pcl adalah lebih baik dr denda berdiri yg tak buat apa tu...buang masa segala

    ReplyDelete
  2. betul tu PCL.. apakah pelajaran yg murid2 dpt apabila kena denda berdiri diluar kelas tu? xde pengajaran apa2 Queen rasa. Lebih baik guru tersebut menyuruh atau mendenda murid2 td berbuat sesuatu yg lebih mendatangkan manfaat dan faedah... :)

    p/s: sokong juga cadangan PCL tu

    p/s: x dptlah nk ke gathering tersebut sebab 1hb Queen sibuk pindah rumah.. :)

    ReplyDelete
  3. bagus cadangan pcl tu..banyak pahalanya..

    ReplyDelete
  4. Cadangan tu memang bagus PCL. Tapi ada jugak rasa tak kenanya, apabila sembayang dhuha tu dilakukan kerana kena denda. Kalau disebut denda, mesti sesuatu yang 'menyakitkan hati'. Dikhuatiri, penuntut2 tak ikhlas mengerjakan sembahyang tu.. Ini cuma pendapat ma, kalau salah, tolonglah perbetulkan yer....

    ReplyDelete
  5. @Kamariah Awang: Terima kasih, sbnrnya bkn cdgan pcl malah lebih kpd sokongan atas tindakan tersebut...

    ReplyDelete
  6. DULU PERNAH KENA DENDA MERANGKAK MENGELILINGI BLOK SEKOLAH.. LAGI PARAH..

    ReplyDelete
  7. akak setuju dgn denda solat dhuha ni.Sekurangnya mendidik jiwa pelajar2 tersebut.Mula2 tu mungkin diaorg tak ihlas tapi lama kelamaan mereka akan sedar .Rasanya akak nak cadangkan denda2 yg berfaedah dan bermanfaat ni kat sekolah2 anak2 akak.

    ReplyDelete
  8. pernah melihat pelajar didenda jalan itik di padang sebab lewat ke sekolah.. :(

    ReplyDelete
  9. Setuju.
    Kitorang dulu, kutip sampah. Paling sadis bila disuruh pulang.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.