Makan angin di jeti nelayan..
[life's simple pleasures]....bila berada di kampung halaman (Sp. Kedah), aktiviti wajib selain dari beribadat adalah memancing bersama keluarga.
Petang tadi (semalam) kami ke Tanjung Dawai, tujuan asalanya memang lah memancing kat jeti tapi kali ini moodnya lebih kepada berehat santai sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa....huh ! ..hanya emak mertua sorang saja yang memancing.
ada yang tak tau Tanjung Dawai tu kat mana....emm ok mai sini aku nak habaq..
Tanjung Dawai terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Sungai Petani berada di Kawasan Parlimen Merbok iaitu bagi Daerah Kuala Muda di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. merupakan kawasan yang terkenal dengan makanan laut.
..ni lah dia sebahagian gambar aktiviti yang dapat dikongsikan..
![]() |
setia ke mana-mana , ..mamadianaku... |
![]() |
Mak Kiah (MIL), salah seorang pemancing wanita di Sg Petani...cayalah mak !! |
![]() |
memang puas bersembang sambil menikmati angin pantainya...lain tempat lain suasananya. |
![]() |
sentiasa terasa mengantuk walau di mana pun, apa lagi kalau tempat yang nyaman sebegini...alasan huh !..tetap melayan keseonokan bersama .. |
![]() |
.. menyaksikan suasana saat mentari melabuh tirai hari ...sunset@7.20pm |
PCL : Sesuatu yang indah itu harus dirakam dan simpan agar dapat dinikmati semula suatu hari nanti walau keadaanya tidak sama seperti apa yang pernah dirasai sebelumnya. Ini lah dia kehidupan sederhana yang meneronokkan.
Pantai mmg tmpt menarik utk beristirehat,tenangkn fikiran.Tg Dawai?mcm pnh dgr lagu je, huhuhu
ReplyDelete@YaYaNsMuM a.k.a YM: yeah lagu Cinta Di Pantai Merdeka oleh Tropika *origin...sedap lagu tuh kan .
ReplyDeleteseronok jugak sekali sekali gi memancing..dpt hilangkan stress
ReplyDelete@wida:satai cmni mmg bole hilangkan stress tp pantai Ganu lagi best kan..
ReplyDeleteCANTIK GAMBAR YANG TERAKHIR TU.. HUH, LAMA BENAR TAK MEMANCING NI..
ReplyDeleteassalamualaikum PCL....fuyoo bestnya dpt memancing di lautan mcm ni mesti seronokkan...dpt ikan x?
ReplyDeletesaya masih teringat2 cerita mak mertua PCL suka memancing ... lain drpd lain aktiviti kegemaran mak2 ni ;) ... cayalah makcik!
ReplyDeletesaya belum pernah sampai ke sana. Hendak ke Kedah pun belum tahu mahu kemana sebabnya terlalu jauh bagi saya yang duk di pahang ni.
ReplyDeleteAnyway, kalau ada homestay bole la bgtau ye. Bole saya serang nanti :)
@fairus: sesuatu saat yg menarik bila menunggu matahari terbenam di ufuk barat....capture terbaik.
ReplyDelete@maszull: hasil tangkapan tak spt nelayan, ada la jgk...tp kaki pancing ni kalau tak dapat ikan pun takpe janji lepas gian...
ReplyDelete@mak encik | SZ: ada yg kesah ada jg yg terkezut tgk makcik rokiah memancing...tp dia layan semacam je bawa fishing rod ke mana mana.
ReplyDelete@faizul: kalau ada cdg nk kesana PM Fb sy..insyaallah bole diatur.
ReplyDeleteNampak damai je bila berada di jeti tersebut..
ReplyDeletebanyak tak dapat ikan..
ReplyDeletecuti dah habiskan...jom balik kerja heee
walau pun tak jauh dari rumah acu tapi acu dah lama tak jejak kan kaki ke Tanjung Dawai nie
ReplyDeleteSyoknye! Dpt hasil tak?
ReplyDeleterajin pcl mancing..kat tanjung dawai best..makan ikan bakar..sedap
ReplyDeletewah bestnyer...leh hilangkan stress sambil rehatkan badan :)
ReplyDelete