Usah lokek puji pasangan (suami/isteri).

Tuesday, March 13, 2012 PCL 7 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh !


CUBA anda ingatkan dalam tempoh beberapa tahun berumah tangga, berapa kali anda memuji isteri atau pasangan anda mahupun memberikan kata-kata hangat dan mesra kepadanya?

Sebenarnya ramai di kalangan pasangan suami isteri, sebagai contohnya si isteri mahu mendengar pujian daripada si suami. Namun berapa kerat sangatkah individu ini menghamparkan kata-kata berkenaan.

Kalau ada pun mungkin tidak ikhlas datang dari hati atau kata-kata pujian dilontarkan sekadar untuk melihat isteri gembira semula apabila dia merajuk.

Sesekali apa salahnya jika memuji isteri atau suami anda dengan ikhlas berlandaskan jasa dan kebaikan yang telah dia berikan.


gambar sebagai hiasan...

Setidak-tidaknya dengan kata-kata pujian yang ikhlas itu biarpun sedikit dapat memberikan makna kepada pasangan dan seterusnya perhubungan anda.


PCL : emmm..dok puji selauu tu ada makna apa kah ?





7 comments:

  1. pujian kan bagus utk mengeratkan hubungan, tak gitu PCL? hehe

    ReplyDelete
  2. kadang2 abah puji jugak masakan mak :)

    ReplyDelete
  3. kdg2 pujian tu blh buat seseorg tersenyum..hehe...

    penyakit SLE tu kene lelaki jgk..tapi 10:1..tak ramai sgt...

    ReplyDelete
  4. kalau takde siapa puji, kita puji sahajalah diri sendiri.. eh, boleh ke camtu..?

    ReplyDelete
  5. betul tu, terasa dihargai kan?

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.