BERITA BAIK UNTUK BELIA : SENYAP Vol #1.1 Altimet Feat Bro Framestone

Wednesday, April 04, 2012 PCL 13 Comments


PCL : Jom daftar di sini sebelum terlambat ...*[aku dah......masih belia tau!]

SENYAP merupakan singkatan kepada program ( Social Enforcement For National Youth Awareness Program) di mana sebelum ini Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) menggunakan platform SENYAP untuk memberikan kesedaran IT dan merapatkan jurang antara blogger dan Kementerian.

Sehubungan dengan itu setelah kewujudan Blogger disedari maka dengan ini kami membawakan SENYAP 1.1 selepas kejayaan SENYAP 1.0 diadakan di PWTC sebelum ini.



SENYAP 1.1 akan menampilkan penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Syukur iaitu ALTIMET di mana beliau merupakan salah seorang dari Malaysian Youth Icon (MY ICON) dan juga Bro Framestone (Senyap Blogger) . Kedua-dua ikon ini akan ditemubual di atas pentas yang santai lagi rileks buat pertama kalinya di Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia, Vyrec untuk memperkenalkan My Icon Bean Bag Talk Show kepada semua Belia-Belia di luar sana (Untuk yang berusia 15-40 Tahun)


Kepada belia-belia yang berminat untuk menghadiri program ini sila lengkapkan borang penyertaan anda dan sahkan kehadiran anda di capaian yang disediakan di bawah. Jangan lepaskan peluang ini kerana hanya 200 peserta yang pertama sahaja akan dipilih.




Registration Form : Capaian

RSVP : Capaian

Program ini akan diadakan pada 11 April 2012 jam 9:00 malam sehingga 10:00 Malam bertempat di aras bawah Menara Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Precinct 4 Putrajaya. Tarikh tutup penyertaan pula pada 9 April 2012. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan di page RSVP dan di page vyrec.


13 comments:

  1. best ni..rugi tak pergi

    ReplyDelete
  2. wah..menariknya program ni.. Bro framestone tu.. terbaekk lah

    ReplyDelete
  3. teringin nk turut serta tp apakan daya.. Jarak jadi pemisah.. Huhu

    ReplyDelete
  4. Oh dah terlajak umur, dah tak belia.

    Apa pun semoga program ni memberi faedah kepada belia2 semua.

    ReplyDelete
  5. kiranya saya masih muda belia lg la ye PCL? hehehe tp 11hb Queen buat kenduri di rumah baru nnt... :) so x dptlah nk join...

    ReplyDelete
  6. ala...sibuk la pulak sekarang nie
    tak leh nak p....rugi nya

    ReplyDelete
  7. yatie pun muda lagi boleh joinnn..heee

    ReplyDelete
  8. tak tahu nak join ke tak. masih pikir. tp macam dah cukup 200 org je join ni.

    ReplyDelete
  9. oh senyapnya tak ada bunyi

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum PCL...wah best program ni terbaik la...:)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.