Cium : Ciumlah Anak-anak Kesayangan Anda Selalu.
Kenapa Perlu Cium Anak?Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang lalu kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan . Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail .
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? " Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
sumber : khairil
Tweet
assalamualaikum PCL...seronoknya baca n3 ni moga dilimpahi dgn pahala satu darjat syurga...:)
ReplyDeletememang x pernah miss cium peluk anak tiap² hari :-)
ReplyDeleteTengahari tadi kakcik dan abgMus balik ke rumah semata2 nak hantar makanan untuk anak2, oklah kan? :)
ReplyDeletesgt bguna n3 ni PCL/...tq..teringat ank dara tunggal kat umah ;)
ReplyDeletedeno cium ma abah hari-hari.... :)
ReplyDeletesya lak asyik nak cium je... smapi naik rimas anak...hehe, over kan!
ReplyDeleteAssalam...entri menarik...kupu-kupu syurga.
ReplyDeleteentry yg menarik.
ReplyDeletetapi nh belum ada anak, huhu sedih siot..
terima kasih kerana kongsi ilmu.. best baca ilmu² agama mcm ni.
ReplyDeleteterima kasih sudi jengok adam dan baby girl kina.
satu nasihat yg baik..tenkiyu pakcikLie
ReplyDelete>>#War Helikopter Control canggih milik Russia !!
BIASANYA SEBELUM TIDUR, SAYA AKAN CIUM ANAK SAYA.. :) PAGI PUN SAMA..
ReplyDeletesalam PCl..banyak pahalanya..sangat patut diamalkan..
ReplyDelete