Doa Hari Selasa

Tuesday, April 10, 2012 PCL 7 Comments

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .

Pagi Selasa baru nak berupdate entri blog nih...

bersyukur dengan pertambahan page views (lebih 1000) walaupun tanpa update entri sehari semalaman. Terima kasih kunjungan pembaca/penyinggah  semua .

update dimulai dengan Doa Hari Selasa :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.


Di hari yang mulia ini aku memohon taufik dan kesejahteraan dari-Mu. Anugrahkanlah aku kekuatan ilmu, iman dan cetusan idea yang bernas bagi meningkatkan mutu persembahan dalam penulisan dan juga apa jua perkerjaan hari ini supaya ianya dapat memenuhi ekspektasi pembaca dan umum.


Ya Rahman Ya Rahim


Engkau tunjukkanlah aku kearah kebaikan, pertingkatkan imanku agar amalan hidupku sihat dari segi rohani dan jasmani dan menyalurkan informasi dengan penuh tanggungjawab.


Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar
Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam
Walhamdulillahirabil 'alamin

[http://goo.gl/utxhJ]

7 comments:


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.