Gajet Peribadi : Sikap sambil lewa anda boleh mengundang malapetaka

Tuesday, April 17, 2012 Nazlee Ismail 21 Comments

G
ajet peribadi yang berteknologi tinggi seperti telefon, iphones, notebook, adalah antara yang memberi kemudahan di hujung jari di samping menyenangkan kehidupan harian pengguna.

Semua gajet ini begitu mempengaruhi kehidupan hari ini. Kita berkomunikasi menerusi suara dan mendapatkan maklumat, menyiapkan tugas dan malahan menyimpan maklumat rahsia peribadi menerusi gajet berkenaan.

Namun gajet elektrik juga mempunyai kelemahan. Selain menghadkan interaksi bersemuka, ia juga berkompromi dengan keselamatan data peribadi. Bayangkan apabila anda kehilangan gajet berkenaan, sebenarnya anda bukan setakat kehilangan gajet malahan maklumat peribadi seperti nombor pin, alamat, gambar dan data peribadi lain yang disimpan dalamnya.

Gajet mudah alih ini juga senang jatuh ke tangan mereka yang tidak diingini apabila pemiliknya lalai atau ia dicuri. Oleh itu, pemilik gajet berkenaan adalah terdedah kepada unsur-unsur jenayah.

Tambahan pula, kemudahan internet Wifi percuma yang disediakan pihak restoran pula, akan menggalakkan orang ramai membawa komputer bimbit masing-masing dan duduk berlama-lamaan bersama rakan sehingga dinihari.

Golongan ini kebanyakannya remaja dan pelajar, yang mungkin pada mula alasannya untuk bersama-sama membuat tugasan, namun tidak sedar kemudahan internet itu boleh mengundang malapetaka kepada mereka sendiri dan pemilik restoran.

Sikap sesetengah mereka yang suka mengambil mudah, meletakkan telefon bimbit di atas meja makan di restoran, meletakkan beg di kedai makan atau hotel atau di kerusi tanpa perhatian semasa mengambil makanan juga boleh mengundang penjenayah untuk melakukan kerja terkutuk itu.

Selain itu, sikap mengambil mudah juga perlu diubah dengan meninggalkan barang-barang berharga ataupun beg dalam kereta, kerana nanti kita tidak mahu kembali ke kereta dengan cermin tingkapnya pecah dan terpaksa menggantikannya yang tentunya berharga ratusan ringgit.

Paling tidakpun, kalau tidak mahu membawanya bersama, sorokkanlah barang-barang dan alat elektronik itu di tempat yang sesuai dan bukannya diletakkan di tempat yang boleh orang yang lalu lalang melihatnya kerana ia adalah satu peluang jenayah.

sumber asal 

PCL : ..kalaulah dah tak boleh berenggang dengan gajet kesayangan itu...maklumlah nak 'cari makan'..  ,  pastikan ciri-ciri keselamatan hendaklah diutamakan...'lock' kat pinggang pemiliknya. (..keh 28x )


Cth : gambar hiasan dari google..




21 comments:

  1. betul tu.. kekadang budak2 muda yg beli gajet gunakan wang ptptn senang2 jer letak gajet mereka atas meja kat kdai makan secara terbuka.. kes ragut dan samun pon berleluasa lah

    ReplyDelete
  2. @Citra NaniZam: isu ptpn masih panas lagi nih!

    ReplyDelete
  3. seb baik Queen xla gila gadget sgt.. rasanya lebih baik kalau duit yg ada buat beli brg keperluan anak2 atau disimpan untk masa depan.. hehehehe

    ReplyDelete
  4. jgn simpan dokumen penting dalam gajet mcm no akaun bank, naya nanti kalau kena curi

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum PCL....yer la kalau menggunakan gajet yg canggih mcm tu jgn lah terlampau open tu semua akan mengundang bahaya...:)

    ReplyDelete
  6. Betul PCL... kakak rasa kalau hilang handset ni agaknya terus buntu tak ingat satu pun no. saudara-mara. Sebab itu kakak ada buku tel khas kat rumah bimbang sebai alternatif...

    ReplyDelete
  7. guna rantai moto tu... tebal sikit... haha

    ReplyDelete
  8. @QueeN TerataI: pantang keluar model terbaru..tukar gajet!, kita kena tgk keperluan lain sama...jgn ikutkn kehendak hati je.

    ReplyDelete
  9. @Rozuan Ismail: simpan dlm kepala...dulu2 boleh je ingat banyak no..

    ReplyDelete
  10. @maszull: ada org kata.. "beli mahal2 nak kena simpan buat pe !!"

    ReplyDelete
  11. @Kakzakie: hah..semacam dgn MIL sy..

    ReplyDelete
  12. isu ptptipu ! huhu...eh ptptn...opsss

    ReplyDelete
  13. mmg kena jaga betul2 gajet ni..kalau hilang..mmg menagis la..huhu~

    ReplyDelete
  14. kalau blh lock ok jugak... kalau kena curik, curik sekali dgn tuan2nya tu kn...

    ReplyDelete
  15. RAKAN PEJABAT SAYA, JUGA SEORANG PENULIS BLOG. GALAXY TABNYA HILANG DI TESCO. LETAK DALAM TROLI, BARANG BELIAN DIAMBIL MASUK DALAM KERETA, TETAPI GALAXY TAB TERTINGGAL DALAM TROLI.. DATANG PUSING SEKALI LAGI,SUDAH HILANG.

    APA YANG DIBENGANGNYA TU,FACEBOOK MEMBER DI MAIN-MAINKAN.. HABIS GAMBAR2 MEMBER DIPUBLISHKAN..

    ERM.. BERHATI-HATILAH..

    ReplyDelete
  16. is pun leh tahan gak gila gadget (^___^)hoho

    ReplyDelete
  17. hehe..gadget ni sbenarnya merenggangkn lagi tradisional social...asyik nk online jer..hehe...

    p/s: bro, tajuk link post ni link ke mstar..

    ReplyDelete
  18. Assalam..
    Memang bahaya kalau hilang kerana banyak maklumat yang tersimpan dalam gajet ni..

    ReplyDelete
  19. @faiz fakhirin: mmg sy buat pautan kpd sumber asal.

    ReplyDelete
  20. harini nye update ????masih menunggu...ahaks

    ReplyDelete
  21. asalam .. salam kenal ... saya dah follow blog awak .. sudilah kira nyer follow blog saya ...tq.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.