Kanser Prostat : Kanser ketiga paling lazim di kalangan lelaki di seluruh dunia ..

Monday, April 16, 2012 Nazlee Ismail 2 Comments

..dan kanser keempat paling lazim di kalangan lelaki di Malaysia.

Kanser Prostat

Kanser ini membabitkan kelanjar prostat, yang terdapat di belakang pundi kencing. Jika kanser ini merebak lebih jauh, ia dikenali sebagai kanser prostat metastatik; di mana kanser itu merebak daripada prostat ke nodus limfa atau bahagian lain tubuh, khasnya ke tulang.

Bagaimanapun, terdapat rawatan bagi hampir semua jenis kanser metastatik dengan matlamat utama adalah mengawal kanser daripada merebak dan untuk melegakan simptom-simptom yang mengiringnya.

Paling Biasa

"Sehingga 29,000 kes dilaporkan di Asia Tenggara pada 2008. Kami mendapati kesedaran terhadap saringan PSA masih kurang di bahagian Asia ini termasuk hakikat yang lelaki Asia berasa malu untuk menceritakan masalah prostat mereka.

"Kaum lelaki seharusnya sedia bertemu dengan pakar perubatan mereka untuk mengetahui lanjut akan ujian PSA ini," jelas Dr Bahl kepada sekumpulan wartawan tempatan.

Di Malaysia, 40.6 peratus daripada kes didiagnosis pada peringkat I dan II.Ditanya akan apa yang boleh dilakukan oleh kaum lelaki untuk menjauhi kanser prostat, Dr Bahl menjelaskan; "Apa sahaja yang baik bagi jantung pasti baik untuk prostat anda. Dan ini termasuk senaman dan kurangkan pengambilan daging merah."

"Isteri boleh meleteri suami sehingga sampai di klinik doktor untuk memastikan suami menjalani ujian prostat spesifik antigen (PSA)," kata Dr Amit Bahl, Pengarah Klinikal di Pusat Hematologi and Onkologi Bristol, UK, secara berseloroh. Pakar perunding klinikal onkologi ini yang berada di sini baru-baru ini berkata demikian merujuk kepada kanser prostat, kanser ketiga paling lazim di kalangan lelaki di seluruh dunia dan kanser keempat paling lazim di kalangan lelaki di Malaysia.

Rawatan

Terdapat rawatan berlainan bagi kanser prostat metastatik termasuk terapi hormon, imunoterapi, dan kemoterapi serta terapi sinaran.

Terapi hormon mencegah hormon semulajadi tubuh daripada membantu pertumbuhan sel kanser prostat sementara kaedah rawatan imunoterapi bagi kanser prostat metastatik membantu meningkat dan mengembalikan kemampuan sistem imun untuk melawan kanser. Rawatan kemoterapi bagi penyakit kanser prostat metastatik menggunakan ubat-ubatan untuk menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser sama ada dengan membunuh sel-sel terbabit atau menghalang mereka daripada membiak.

Di sebaliknya terapi sinaran menggunakan sinaran berkuasa tinggi untuk membunuh sel-sel barah, membabitkan sel-sel yang berkenaan sahaja.

Juga menjalani Pemeriksaan Dubur Digital (DRE) dan saringan PSA awal akan membantu mencegah diagnosis lewat kanser prostat. "Ramai pesakit warga emas yang menghidap kanser prostat memilih untuk tunggu dan lihat selepas didiagnosis dengan penyakit itu. Mereka tidak mempertimbangkan pilihan rawatan radikal memandangkan mereka mungkin mengalami komplikasi lain walaupun keadaan kesihatan mereka meruncing," tambah perunding klinikal onkologi ini.

Adalah lebih baik untuk mengetahui status kesihatan seseorang melalui ujian dan saringan ini seawal yang mungkin daripada terus berada dalam ketakutan dan mendapat tahu terlalu lewat yang dirinya menghidap kanser prostat.


PCL : semakin merisaukan...lelaki pun punya risiko hadapi kanser...jaga pemakanan kita seharian !!


2 comments:

  1. assalamualaikum PCL...nice n3 buat lelaki hari ini...:)

    ReplyDelete
  2. terjumpa info ni, juga pasal kanser prostat… sharing is caring :) - Kanser Prostat : Lelaki Jangan Malu

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.