Kerajaan Tiada Hasrat Naik Harga RON95 - Ismail Sabri

Monday, April 16, 2012 Nazlee Ismail 4 Comments

BERA: Kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga atau memberhentikan pemberian subsidi minyak petrol RON95 walaupun harga minyak mentah semakin meningkat di pasaran dunia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika langkah itu diambil, sekali gus akan menyebabkan harga barangan keperluan seperti gula, tepung, minyak masak dan lain-lain akan naik secara mendadak.

"Minyak petrol merupakan keperluan utama dan jika kerajaan menaikkan harga sudah tentu peniaga akan menaikkan harga barangan tersebut dan ini akan membebankan rakyat.

Justeru itu, kerajaan mengambil keputusan untuk tidak menaikkan harga minyak walaupun harganya semakin meningkat di pasaran dunia, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perjumpaan dengan petugas Jalinan Rakyat (JR) UMNO Bahagian Bera di sini, Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika dibandingkan harga minyak petrol RO N95 di negara ini dengan negara jiran serantau, ia jauh lebih murah iaitu RM 1.90 seliter, selepas kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.09 sen seliter.

Katanya, di Thailand minyak petrol dijual RM4.71 sen (seliter), Filipina RM5.85 sen, Singapura RM5.48 dan Indonesia RM3.08 sen.

Ismail Sabri bagaimanapun tidak dapat meramalkan bila harga minyak petrol akan turun kerana ia bergantung dengan ekonomi global.

Dalam pada itu, beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010, terhadap peniaga yang menaikkan harga barangan secara melampau.

"Tahun lepas lebih 100 peniaga restoran telah dikenakan tindakan di bawah akta tersebut apabila didapati mengaut keuntungan dengan mengenakan harga tidak munasabah apabila mengenakan bayaran antara 50 sen hingga RM1 untuk segelas air kosong.

"Susulan itu tiada lagi peniaga yang mengenakan harga yang tidak munasabah kepada pelanggan dan harga air kosong segelas hanya dikenakan kurang daripada RM0.50," katanya. BERNAMA

PCL : ..dalam harga petrol RON95 tak naik pun , aku pegi balik keja, hantar ambil anak sekolah semuanya tunggang motosikal, kempen berjimat cermat dalam hidup...suatu yang harus diamalkan....kalau boleh nak berbasikal je sepanjang masa...keh x28x




4 comments:

  1. Klulah sy boleh nek basikal je. Ley sihat gak! Kan?

    ReplyDelete
  2. Kakak rasa lepas PRU13 akan naik juga... kalau sekarang naik hmmm alamat jadi isu kempenlah...

    ReplyDelete
  3. hee...baguslah kalau tak naik...kalau minyak naik lagi..barang2 nanti mula la naik harga...huhu~

    ReplyDelete
  4. kalau naik basikal lagi baik.tapi merah padam ler muka dgn cuaca yg panas kat malaysia ni.hehe..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.