Labu Sayong yang sememangnya sinonim dengan Kuala Kangsar.

Sunday, April 29, 2012 PCL 6 Comments

MENDAPAT jolokan sebagai Bandar Diraja, Kuala Kangsar sememangnya menjadi lokasi tumpuan ramai pada setiap hujung minggu serta cuti umum. Kaya dengan nilai sejarah serta monumen-monumen indah, tidak hairanlah bandar itu diangkat sebagai antara lokasi penting dalam pembangunan industri pelancongan di Perak.

Antara keunikan bandar itu yang menjadi tumpuan ialah Masjid Ubudiah, Muzium Diraja Kuala Kangsar, Sungai Perak serta cendol dan laksa Kuala Kangsar yang digilai ramai.

Sesudah menikmati keindahan bandar dan kelazatan hidangan itu, pastinya seakan tidak lengkap sekiranya tiada barangan yang dibawa pulang untuk dijadikan kenang-kenangan.

Tentu sekali, barangan paling ideal untuk mengimbau kembali kenangan manis di bandar berkeluasan kira-kira 205 kilometer persegi itu adalah labu sayong yang sememangnya sinonim dengan Kuala Kangsar.


Ini kerana, seni pembuatan zaman-berzaman itu sehingga kini masih kekal menjadi warisan yang dibanggakan penduduk Kuala Kangsar. Apatah lagi, ia mempunyai kelebihan tersembunyi yang cukup unik.

sumber

jom kite...

6 comments:

  1. tingat dlu pi, KK....best btl pilih labu sayong utk dibawa blk, comel2.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum PCL...sejukkn kalau dpt minum air dr labu sayong ni...:)

    ReplyDelete
  3. a.ah, kalau simpan air dalam labu ni memang sejuk.. kat rumah nasir ni pun ada satu, tapi wat perhiasan jelah..

    ReplyDelete
  4. lama jugak tak pergi k.kangsar nie pcl..nanti berkesempatan teman pergila..:)

    ReplyDelete
  5. WAH.. TENGAH ROMOTE NEGERI PERAK KE? THUN NI KAN TAHUN MELAWAT PERAK.. :)

    ReplyDelete
  6. wan rindukan kuala kangsar. 5 tahun belajar dkt sana. InsyaAllah, praktikal 3 bulan kat sana akan lepaskan kerinduan thadap kuale.huhu

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.