Manusia : terlupa memohon oksigen?

Tuesday, April 24, 2012 Nazlee Ismail 7 Comments

ALLAH S.W.T. MEMBERI SEBELUM DIMINTA

Kebanyakan manusia, hatta yang pemurah sekalipun, memberi setelah diminta.
Allah S.W.T. sebaliknya, memberi sebelum diminta oleh makhluk-Nya.

Manusia bersifat pelupa. Sering kali kita lupa meminta apa yang kita sendiri perlukan dalam hidup. Namun, Allah S.W.T Maha Penyayang, Dia memberikan juga kita rezeki, perlindungan, kesihatan dan pimpinan walaupun kita sering lupa untuk memintanya.

Bayangkan apa akan terjadi kepada kita jika Allah S.W.T. memberi hanya apabila kita memintanya?

Boleh bernafaskah kita saat ini sedangkan pagi tadi kita `terlupa' memohon oksigen? 

Apakah kita masih beragama islam pada hal kita sering lupa meminta dikekalkan hidayah ini didalam diri kita? 

Mujur dan syukur, sifat Al-Wahhab Allah itu terus proaktif (jika boleh dikatakan begitu) memberi, sentiasa dan selamanya, walaupun manusia sering lupa memintanya.

PCL : sentiasa bersyukur dengan segala pemberiannya .

[thnks, cikgu LaniaZ]

 

7 comments:

  1. Salam. Terima kasih sebab sudi follow blog aku. Dengan senang hati juga telah
    follow blog anda. Sebenarnya nak pelawa anda sertai NEXT TOP BLOGGER untuk
    musim ke 2. Musim 1 dah habis. Boleh tengok kat blog dalam segmen NEXT TOP
    BLOGGER. Harap sudilah turut serta. Kalau sudi nak jadi peserta - maklumkan
    saja di ruang komen entri anda di sini (aku akan tengok balik) atau komen saja
    di blog. Jika kurang berminat dan tidak mahu menyertainya pun tidak mengapa.
    Maklumkan saja macam tadi jugak ATAU jika mesej ini tidak dibalas oleh anda
    sebelum 28/4/12 maka aku anggap anda tidak mahu menyertainya. Apapun terima
    kasih kerana sudi habiskan baca mesej ini.http://awieomar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum PCL

    bangun ajer drp tidur terus bersyukur
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. @Awie Omar: ok boleh jer...terima kasih.

    ReplyDelete
  4. @atuk: syukur alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum bro,

    Pasai apa sering lupa isi borang? Pasai sistem pernafasan kita ni, guna software autoshape! Lagi pun...free (atas dunia)!

    ReplyDelete
  6. bersyukur la kita dengan segala pemberiannya..:D

    ReplyDelete
  7. bersyukur dengan setiap nikmat kurniaan allah.. deno masih tak dapat lupa time deno sakit tenat, deno perlu oksigen.. sampaikan doktor masukkan tiub pernafasan dlm kerongkong sbb deno xde oksigen time kat icu.. bersyukur umur deno masih panjang... :')

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.