Muhasabah : Salahkan Diri Sendiri

Thursday, April 26, 2012 Nazlee Ismail 11 Comments


 Salahkan Diri Sendiri jika melakukan kejahatan..


Syaitan tidak paksa manusia memgikuti ajakannya. Syaitan cuma mengajak dan menghasut. Setelah berjaya menghasut manusia, syaitan akan berlepas tangan, syaitan tidak akan menolong orang yang disesatkannya semasa di akhirat kelak.

Firman Allah, “Dan berkatalah pula syaitan setelah selesai perkara itu. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiada bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu yang menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan aku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku dengan-Nya.” Sesungguhnya orang-orang yang zalim beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.” (Ibrahim : 22)

 Hari ini kita masih bersama..esok kita mungkin akan terpisah.. hari ini kita sihat..esok mungkin kita tiada lagi di dunia.. hari ini kita kaya..esok mungkin kita akan miskin.. hari ini kita mencintai..esok mungkin kita membenci.. hari ini dia datang..esok mungkin dia pergi..
 
Sekiranya esok yang kita harapkan TIDAK MENJADI..sekurang-kurangnya kita tidak akan MENYESAL jika kita melakukan apa yang kita inginkan hari ini..kerana esok PASTI ADA tetapi esok itu BELUM TENTU untuk kita..

Ya Allah, hidupkanlah aku dalam KEBAIKAN dan matikanlah aku dalam kebaikan juga..

 

11 comments:

  1. ameeeeeeeeeeeeeeeeeeeennnnnnn....

    Moga-moga kebaikan dan rahmat Ilahi sentiasa mengiringi..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum PCL...InsyaAllah moga dipermudahkan semanya...Amin...:)

    ReplyDelete
  3. Hati manusia, bila terjadi sesuatu...selalu nak kaitkan org lain. Mulalah org len yg salah.

    Sy cuba belajar utk tuding jari pd diri sendiri. Walau apa jua terjadi.

    ReplyDelete
  4. Assalam...semoga hidup kita mendapat redha Allah..

    ReplyDelete
  5. assalam, insyaAllah dan berdoalah selalu agar kita dijauhi dari hasutan syaitan. dan moga kita hidup dlm redha Allah

    ReplyDelete
  6. INSAFLAH WAHAI UMMAH.. TERMASUK DIRI SENDIRI..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, hidupkanlah aku dalam KEBAIKAN dan matikanlah aku dalam kebaikan juga..

    aminn ya rabbalalaminn

    sama-samala kite perbaiki diri kite dengan mendekatkan diri pada Allah

    ReplyDelete
  8. semoga segalanya dipermudahkan dan mendapat keredhaanNya...amin...

    ReplyDelete
  9. aamen..
    semoga ada hari esok untuk kita..
    untuk memperbaiki hari2 semalam yang terlalu banyak kekhilafan..

    ReplyDelete
  10. thanks PCL, sama2 kita muhasabah diri ini menjadi insan terbaik dunia dan akhirat.. dan semoga kita mati dalam husnul khatimah... amin..

    ReplyDelete
  11. semoga diri kita dijauhi dari kejahatan... amin!

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.