Santai Pagi : Tergerak hati nak menegur..

Tuesday, April 24, 2012 PCL 9 Comments

Assalamualaikum...

 Biasanya kalau saya membaca entri di laman blog/website khususnya yang menggunakan Bahasa Malaysia ..sering diperhatikan masalah penggunaan perkataan penambahan 'di'...contohnya 'dimakan', 'di sana' dan sebagainya lagi. ada yang tak betul penggunaannya.

 Bukannya saya cikgu subjek BM untuk menegur penulisan anda..tapi kali ini tergerak hati untuk berbuat demikian..maafkan saya !

.. 'bahasa pasar' lagi santai memang mengikut kesesuaian dan keselesaan penulis itu sendiri , tapi adalah lebih bagus kalau kena dengan penggunaan tata bahasa yang betul .

 senang je nak membetulkan penggunaan 'di' tu...

Merujuk kepada kawasan/tempat : kita jauhkan/jarakkan 'di' contohnya seperti 'di Kuala Lumpur, di mana-mana, di sana, di sini, di dalam.

 Merujuk kepada sesuatu perbuatan : Kita dekatkan 'di' contohnya seperti dimakan, diminum, dilihat, diinginkan, ditakuti dan lain2 lagi.

oklah..itu saja.

 PCL : sama sama kita perbetulkan , kecacatan tata bahasa itu walau sikit ia akan nampak cacat jugak..kan !

 

9 comments:

  1. Wah, Tatabahasa. Dh lama tak study bnda ni, insyaAllah kna study balik. Apapun, sy stuju. Still, sy guna bhasa psar dlm blog sy. Cuma klu Tatabahasa tu, sy rsa takde la truk sgt.. Siap bold dgn Italic lg bhasa psar smua, haha!

    ReplyDelete
  2. Betul... yg sikit pun kalau salah tetap salah...

    ReplyDelete
  3. saya hari² berdepan masalah macam nie sebab buat sari kata untuk rancangan TV kan?

    rasanya benda mudah macam nie semua dah faham kot tapi masih ade yang silap hurmmmm...

    ReplyDelete
  4. thanks PCL nh selalu terlepas pandang perkara ni...

    ReplyDelete
  5. SAYA PERASAN DALAM SAJAK SAYA ADA KESALAHAN MENGGUNAKAN PERKATAAN "DI" TU... MEMANG MAHU PERBETULKAN.. KEJAB LAGI SAYA BETULKAN.. TERASA TU..

    ReplyDelete
  6. harus diingat lepas ni..

    ReplyDelete
  7. oh..entry akan datan saya akan cuba ingat..

    dah ditegur nih..

    ;)

    ReplyDelete
  8. Woah.. Bagus ni.. Dari entri kita tu la kita akan mendidik pembaca..
    Kalau penulisan kita betul, mungkin orang akan jadikan blog kita contoh.. Dan mungkin kita mendidik mereka yang masih belajar bahasa malaysia untuk lebih teliti dalam penulisan.. Hehe..

    ReplyDelete
  9. tq sbb ingatkan psal ni..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.