Solat Jumaat : Ada pesanan di sini...

Friday, April 06, 2012 PCL 8 Comments

..huh nak balik dah, ...balik pi semayang jumaat naa...jangan dok terbongkan depan tv..ceh !!

hari ni mamadiana siap masak nasi lemak awal pagi lagi dah sebab anak bongsu si Hanis Umairah nak bawa bekal ke sekolah...*teringat nasi lemak yang Kakcik Seroja bawa @BBB kat rumah Dato' LF aritu. sodap !! (abg Mus kata buat sendiri..ea?)

..pcl dah makan sepinggan sarap pagi tadi, rasa mcm nak tambah tapi mamadian tak 'sound' plak, eh...dalam hati kata nak lagi. *pesan Nabi SAW, makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang....sentiasa ingat tu, bagus amalkan .

kejap lagi nak balun lagi sepinggan....punca mengantuk masa dengar khutbah , saja nak buat alasan...tak makan nasi lemak pon ngantuk jugak...kan .

... lumrah fenomena ketika dalam masjid di hari Jumaat, ada yang tunduk dengan khusyuk mendengar !, ada yang mencari pot nyaman berhawa dingin dan bersandar di tiang2...haha.

PCL ; aku lebih suka datang sebelum khutbah dan berdiri ketika mendengarnya...pasti tak ngantuk punya !!

yang penting kita ikut pesanan ini :

Allah S.W.T memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang sering berusaha datang awal ke Masjid pada hari Jumaat terutama sebelum khatib berkhutbah. Dalam sepotong hadith Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila tiba hari Jumaat, maka pada setiap pintu masjid terdapat malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutan. Apabila imam / khatib telah duduk di atas mimbar, maka malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengar khutbah.”




8 comments:

  1. assalamualaikum PCL...alhamdullilah moga diberkati...:)

    ReplyDelete
  2. Abg Mus tu suka melawak. Nasi tu sebenarnya kami beli.

    Nanti kakcik nak promotekan gerai tu kalau tuan dia izinkan. :)

    ReplyDelete
  3. khutbah jumaat adalah rukun...

    ReplyDelete
  4. PCL... kalau tak dgr khutbah sah tak solat jumaat?

    ReplyDelete
  5. @deno: solat tu sah tp pahala Jumaat tu x dpt.

    ReplyDelete
  6. betul jgak.. kalau berdiri memang takkan ngantuk punya lah..

    ReplyDelete
  7. yang paling penting..dtg awal kan...tak de la bersesak2 nanti..hee~

    ReplyDelete
  8. weeeeeeeeeeee... lama tak singgah... jumaat yg bagus... entry segar.... thanks sharing...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.