TUNJANG TIADA...kuranglah serinya !

Monday, April 30, 2012 Nazlee Ismail 9 Comments

salam semua....

yang tersirat...


Ingin menjemput rakan blogger,
Hajat di hati 1 MEI nak bersarapan bersama, 
Apa kan daya 'tunjang ' tiada, 
Kuranglah  berseri majlis kita. 


Bertemu di mana itu bukan halnya, 
Menjalin Ukhuwah itu yang utama. 
majlis insyaAllah akan diadakan juga, 
Tapi masih berkira tarikh dan waktunya. 


Andai kata tiada aral bagi kita, 
Agar kalian punya masa tanpa paksa, 
Singgahlah  ke Banting berpotluck bersama,
Di kediaman PCL, mamaDaiana dan seisi keluarga ,


Kami menunggu dengan penuh sabar sentiasa,
Mahu bersedia menjadi pot seterusnya. 
Kalau ramai kehadiran pon bagus juga,
Tapi yang pasti 'tunjang' mesti ada.




Untuk makluman : 1 Mei, seperti yang dipostkan di entri Nasi kerabu Buah Tanjung ,  berSARAPAN akan ditunda ke satu tarikh yang lain. Walau bagaimanapun jika ada yang bercadang nak ke Banting khususnya....boleh lah singgah ke rumah saya, saya ada di rumah ketika itu....silakan atau hubungi saya melalui no ini. 0174009726.

PCL : kini sudah tersurat, harap maaf !


9 comments:

  1. punye la lama saya tak berblog baru sekarang saya tau PCL ada buat mazlis rupanya.

    ReplyDelete
  2. Wah... sarapan berpotluck lagi ye PCL.. kakak jauhlah - mendoakan ajelah..

    ReplyDelete
  3. bestnya kalau dapat kumpul ramai2..boleh eratkan ukhwah :D

    ReplyDelete
  4. Sallam PCL

    Seronoknya dapat sarapan bersama blogger yang lain2, tapi kakmah ni jauh sangat, kalau tak boleh sertai..

    ReplyDelete
  5. kunjungan hangat.. kunjung balik yach. jangan lupa follow nya.. :D

    ReplyDelete
  6. kalo dekat boleh sgt datang uma pcl. ni jauh sgt ler pcl..takpelah mana yg dkat tu bleh lah dtg.

    thanks pcl.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas jemputan, maaf tak dapat hadir, terbang ke London pada 1 Mei.

    ReplyDelete
  8. AnonymousMay 01, 2012

    Salam Pcl..bestnya la kalau dapat join..jauh pulak..huhu,mesti mama diana masak best kan?selamat hari pekerja..

    P/s:header baru ek pcl?..hebakk nampak..hehe..baru sy perasaan blog nie dah tukar .com..moga pcl terus maju okeh..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.