Wanita : Makhluk yang kuat perasaannya.

Saturday, July 27, 2013 Nazlee Ismail 6 Comments

Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah prasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya...itu apa yang saya nampak melalui pengalaman sendiri yang sudah punya isteri tapi ini hanyalah secara umum pada kebiasaannya . Perasaan sebegini memang 'kuat' ada pada mereka.

Lelaki adalah makhluk akal manakala wanita pula adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri.

Gembira yang bagaimana? ..sudah tentu gembira yang membahagiakan kedua belah pihak

Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri. Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami.

Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan sumi menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri 'besar kepala'. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan bepandukan ilmu tasauf.

Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri-ciri pengasih.

Mahukan kasih sayang ? Ya , sudah tentu...anda perlu memberikannya terlebih dahulu kepada mereka yang berhak untuk disayangi.

Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Allah tentukan untuk anda. Ketentuan Allah adalah yang terbaik.


: Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup.


 







6 comments:

  1. of couses...........

    heheheh
    (orang putih pulak)
    hahahah

    ReplyDelete
  2. YE.. SAYANGILAH ISTERI KITA..

    ReplyDelete
  3. hehe...betol la tu kot.. :))

    ReplyDelete
  4. doa kami adik2 yg belum nikah lg dpt pasangan hidup yg baik & blh membimbing di dunia & akhirat ya PCL :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum PCL,

    Tak berape berani teman nak komen bab ni....silap aribulan,

    Tidoq Luaq...!!!

    Mmuuaahhahahaha...!!!

    ReplyDelete
  6. Untung ko ade isteri...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.