Wanita : Makhluk yang kuat perasaannya.
Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah prasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya...itu apa yang saya nampak melalui pengalaman sendiri yang sudah punya isteri tapi ini hanyalah secara umum pada kebiasaannya . Perasaan sebegini memang 'kuat' ada pada mereka.Lelaki adalah makhluk akal manakala wanita pula adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri.
Gembira yang bagaimana? ..sudah tentu gembira yang membahagiakan kedua belah pihak
Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri. Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami.
Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan sumi menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri 'besar kepala'. Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan bepandukan ilmu tasauf.
Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri-ciri pengasih.
Mahukan kasih sayang ? Ya , sudah tentu...anda perlu memberikannya terlebih dahulu kepada mereka yang berhak untuk disayangi.
Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Allah tentukan untuk anda. Ketentuan Allah adalah yang terbaik.
Tweet
of couses...........
ReplyDeleteheheheh
(orang putih pulak)
hahahah
YE.. SAYANGILAH ISTERI KITA..
ReplyDeletehehe...betol la tu kot.. :))
ReplyDeletedoa kami adik2 yg belum nikah lg dpt pasangan hidup yg baik & blh membimbing di dunia & akhirat ya PCL :)
ReplyDeleteAssalamualaikum PCL,
ReplyDeleteTak berape berani teman nak komen bab ni....silap aribulan,
Tidoq Luaq...!!!
Mmuuaahhahahaha...!!!
Untung ko ade isteri...
ReplyDelete