About Me n My Blog

Saturday, May 12, 2012 PCL 18 Comments

Assalamualaikum dan salam satu dunia blogger khasnya !

eh pcl !...baru nak buat page About Me ? .....tu la pasai..haha

okeh teruskan,... biar saya perkenalkan siapa diri saya yea.

About Me

Saya lebih suka dikenali sebagai PCL singkatan dari perkataan p@kciklie...ada seorang blogger yang memulakan panggilan tesebut iaitu  SZ aka Puan Suzie . thnks.

Bukan blogger sepenuh masa tapi  sedia akan memberikan komitmen jika ada jemputan yang membabitkan blog dengan event-event tertentu.

Bekerja sebagai penjawat awam dan tinggal di Banting Selangor., berkahwin dan mempunyai 2 orang putri benama ..Nurhusnina dan Nurhanis Umairah (model untuk blog ini).

My Blog

Masa mula-mula blogging dulu tak tau langsung apa bestnya ada blog nih...cumanya saya suka membaca ketika mengadap komputer...berpunca bila minggu pertama masuk kerja dengan badan kerajaan...seperti sedia maklum , staf baru dibekalkan sebuah komputer dengan tanpa sebarang kerja khusus...sempoi kan !

Banyak website/blog yang saya masuk baca dan dah tak ingat siapa puncanya saya terjebak !! tidak menyesal malah bersyukur kerana banyak perkara kebaikan yang saya dapat khususnya ilmu kekeluargaan dan agama semasa berbelog. Ingat lagi....satu hari membaca dari jam 8 hingga jam 5, bayangkanlah...boleh dikatakan semua perkara/berita semasa dalam kepala masa tu...

Buat blog tiada sapa yang ajar melainkan belajar sendiri dengan panduan tutorial blog melalui carian google.
Bermula pada Januari 2010 (mula berkhidmat dengan kerajaan , 2008) maka terjadilah sebuah blog melalui platform percuma iaitu blogspot.com dengan nama Villakejora.blogspot.com kekal sehingga Mac 2012.

Untuk memantapkan lagi blog ini, pada April 2012 nama blog  telah bertukar kepada PCL dot com dengan domain pakciklie.com yang dilanggan dari NetkL.

PCL dot com boleh dihubungi melalui email :  nazli.angkasa@gmail.com bagi sebarang persoalan yang berkaitan dengan blog ini.

Sekian . Selamat datang ke sini.

Terima Kasih.

Header blog dalam kenangan (Januari 2010)



18 comments:

  1. uuuu...bloggers otai gak! tabek hormat~

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum PCL...begitu rupa2nya semoga akan terus berblogging yer...:)

    ReplyDelete
  3. :)

    follow villakejora jugalah sekarang..

    ReplyDelete
  4. @anak cik talip: tuan punya mmg otai dari segi usia...haha

    ReplyDelete
  5. @maszull: t.kasih maszull sentiasa berikan sokongan.

    ReplyDelete
  6. salam PCL,

    hehehe patut tersedak2 masa bekpes td, diseru dlm blog PCL rupanya ;)

    semoga ukhwah yang terjalin dalam blog berpanjangan ... seronok baca blog kekeluargaan ni kan ... sama-sama perbaiki diri :)

    ReplyDelete
  7. PCL dah di kategori blogger Otai.. tahniah PCL.. semoga terus sukses dalam dunia blog..

    ReplyDelete
  8. @mak encik | SZ: uh! hado rupanyo..ingatkan bz dgn anak kecik..

    ReplyDelete
  9. walaupun otai tapi sudi nak join NTB2. salute to you bro :)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah.. sejarah lalu telah membuktikan PCL telah menjadi antar blogger yang berjaya ketika ini.. keep it up

    ReplyDelete
  11. @nasir hamzah: terima kasih...syukur alhamdulillah semuanya kena ada target..insyaallah.

    ReplyDelete
  12. ayu mengenali blog ini sebab arwah.

    teruskan menulis pakcik lie

    ReplyDelete
  13. @Awie Omar: tak boleh nk puaskan hati semua pembaca/follower..kekadang terlepas jgk, NTB2 mmg terbaik utk disertai ..sahut cabaran tak kira otai atau newbie...sama je kan...TQ.

    ReplyDelete
  14. @Gen2Merah: alhamdulillah..terima kasih sokongan anda.

    ReplyDelete
  15. @Citarasa Rinduan: Thnks ayu...Arwah abahIzz pernah jd blogger yg bagus semasa hayatnya..al-Fatihah buat Arwah.

    ReplyDelete
  16. semoga PCL terus maju dunia blogging.. PCL punye blog pun best sbb sgt santai dan tak berat bila membacanya.. tahniah PCL! :)

    ReplyDelete
  17. Assalamua'laikum pakcik..salam kenal dari saya di Minangkabau.sumatera barat.
    salam sukses tuk pakcik

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.