Anak Penting Buat Kita...tetapi mereka bukan barang rebutan.

Wednesday, May 16, 2012 Nazlee Ismail 9 Comments

Salam untuk semua..

Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya:

 1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
 2. Anak sebagai amanat Allah SWT
 3. Anak sebagai harta yang tergadai
 4. Anak sebagai penguji keimanan
 5. Anak sebagai alat untuk beramal
 6. Anak sebagai saham di akhirat
 7. Anak sebagai sumber kebahagiaan
 8. Anak sebagai tempat bergantung di hari tua
 9. Anak sebagai penyambung cita-cita
 10. Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan

Cara memberi kasih sayang dan tumpuan berbeza antara ibu dan bapa dan antara anak-anak. Ini kerana setiap anak adalah berbeza dan tidak mungkin serupa tingkalh laku, baik dari segi fizikal mahupun emosi, walaupun mereka adalah kembar seiras...perbezaanya tetap ada.

Anak-anak juga mempunyai hubungan berbeza dengan ibu bapa. Umumnya, anak perempuan lebih manja dengan ayah dan anak lelaki dengan ibu. Kebanyakan anak sememangnya lebih rapat dengan ibu kerana fitrah ibu adalah orang paling rapat dengan anak.

Sebab itu dalam banyak hal, jika anak dimarahi atau dipukul orang lain, ibu akan lebih beremosi.

Anak juga pada kebiasaannya mendapat ketenangan berbincang dengan ibu kerana sifat dan fitrah ibu. Namun tidak dinafikan ada juga yang berlaku sebaliknya.

Dalam sebuah rumah tangga yang aman damai dan bahagia, anak akan membesar dalam keadaan teratur dan beradab. Mereka terpelihara daripada segala kesukaran dan emosi yang boleh memudaratkan. Namun tidak semua bernasib baik.






9 comments:

  1. SAYA SUKA MELAYAN ANAK.. TAPI DIA LEBIH SUKA DENGAN MAMA DIA.. TAPI TAKPE, AWAL BULAN 6 NI BAKAL TERIMA BABY GIRL... POHON DIPERMUDAHKAN.. :)

    ReplyDelete
  2. entah macam mana lah rasanya ada anak sendiri kan?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum PCL,

    Betoi tu PCL....anak2 ni kebanyakkannya memang depa lebih rapat dengan ibu,pasai ibu yang yang mengandung,melahirkan dan menyusukan depa...tapi tu semua tak cukup kalau tanpa adanya kasih sayang kan PCL...

    Bila depa mai kat dunia ni tak kira lah sapa2 pun ibu ka ayah ka..,Apa pun depa akan lebih rapat dengan orang yang menjaga dan menyayangi depa...

    ReplyDelete
  4. @fairus: aminn..tambah lg sorang keluarga Fairus.

    ReplyDelete
  5. @Boni JLL3: ..penuh dgn tanggungj jawab , boni ..hg bila lg ?

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum PCL....betul tu anak2lah segala2nya bagi ibubapa harta yg sungguh tak ternilai harganya...:)

    ReplyDelete
  7. @Ros:
    w'salam Ros..Sungguh tu, kurangnya kasih dan sayang terhadap anak2 kelak bila depa dah dewasa ..rasa hormat depa hilang utk ibubapa maupun org tua drpd depa...sedih bila dah berlaku macam nie..orang kata nasi dah jd bubur..kalau nk ubah dari dulu masa depa kecik2 lg kena semai kasih sayag tersebut.

    ReplyDelete
  8. memang anak2 ni sebenarnya 'fitnah' di dunia..cuma kita sebagai ibubapa la yang perlu menunaikan amanah yang Allah berikan ni..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.