Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya !!

Thursday, May 17, 2012 Nazlee Ismail 18 Comments

Salam semuanya...

Semoga kita diberkati oleh Allah swt.



Santai petang ini sambil memerhati ke luar pejabat...kelihatan kontraktor membuat kerja mereka dengan tekun di sana...  *(walaupun ini bukan tugasku...) sambil membaca isi mukabuku Cikgu Zainal @Laniaz Nidiba (guru 'Rampaian Sains' kami di SMSP suatu ketika dulu). .. ucapan Selamat Hari Guru untuk beliau..

Ada sesuatu yang bagus untuk berkongsi di sini..


Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi ia merupakan nasihat yang baik untuk di baca!

Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!

1. Bersedekahlah kepada orang lain jika terdapat lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

2. Kahwinilah lelaki/wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.

3. Apabila kamu berkata, “Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.

4. Apabila mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya *(eh ! bagi yg mahram saja )

5. Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

6. Percayailah cinta pandang pertama.

7. Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

8. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sunggupun anda akan berasa seolah-olah anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

9. Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

10. Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

11. Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

12. Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, “Kenapa anda ingin tahu?”

13. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

14. Ucaplah “Semoga anda di berkati” apabila mendengar seseorang bersin.

15. Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

16. Berpeganglah kepada tiga R iaitu Rasa hormat kepada diri sendiriRasa hormat kepada orang lain dan Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda.

17. Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

18. Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

19. Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengari. Dan..

20. Ada ketikanya anda perlu bersendiri.

Terima Kasih cikgu
:)






18 comments:

  1. mmg banyak perkara yg dpt dipelajri...

    p/s: pada ketika ini QUeen mmg lbh suka utk bersendiri...

    ReplyDelete
  2. saya suka tips yg last..

    betul..ada kala kita perlu sendiri..

    ReplyDelete
  3. bagus ni,

    yg ke 20 tu agh tak pernah lg..

    memandangkan pcl suka kentut..jomlah terjah ke blog kayu manis..

    ReplyDelete
  4. nice sharing... ya ada kalanya kita perlu bersendirian untuk memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik

    ReplyDelete
  5. betul la.byk dpt ilmu dgn entry ni..muhasabah diri jap...jap g nk besendiri di obesi jap.hehehe

    ReplyDelete
  6. Komen takde kena mengena ; perasan jugak bro tgh update pasal soya tapi ni semua pilihan individu..kan?

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum PCL....menarik info yang diuraikan ini mekacih yer...

    ReplyDelete
  8. bgus entri ni.....aku share utk kawan2 fb..

    ReplyDelete
  9. saya suka tips2 ni..lebih2 lagi yang kahwinilah wanita yang kita suka berbicara dengannya

    ReplyDelete
  10. ooo bertunang sekurang2 6 bulan ek... insyaAllah....

    nnti fasz kawin , dtg ek :D

    ReplyDelete
  11. bersendiri = muhasabah diri

    perkongsian yang menarik dan bermanfaat..

    ReplyDelete
  12. AnonymousMay 18, 2012

    salam pcl..yang no 12 tu cam susah sikit..haha..kadang soalan yang tak suka ditnya tula cam malas nak jawab..akan dicuba senyum nanti..huhu

    ReplyDelete
  13. perkongsian yang menarik
    banyak benda yang boleh dipelajari
    terima kasih PCL :)

    ReplyDelete
  14. benda baik.. bukan susah sebenarnya nak buat... kalau kita tetapkan tekad (^___^)

    no.20 tu is setuju.. kadang2 kita perlukan masa untuk diri kita... sendiri (^___^)

    ReplyDelete
  15. TERIMA KASIH sebab ikut arahan yang diberi :D

    ReplyDelete
  16. SISTEM UNDIAN
    NTB2 akan menggunakan sistem
    undian untuk menyingkirkan peserta
    dari permainan.

    Anda berada di kedudukan TOP 4
    dalam CARTA MINGGUAN episod 4
    yang akan dipostkan Ahad ini.

    Maka itu...
    Anda diminta memilih salah seorang
    dari mereka untuk disingkirkan dalam
    episod 4 nanti. Mereka berdua berada
    di kedudukan tercorot dalam carta

    Ieyna Nasir
    http://ieyna-nasir.blogspot.com/2012/05/u-make-me-smile.html

    Nur Fahima Abdul Rahman
    http://faciouseyma.blogspot.com/2012/05/normal-0-false-false-false-en-us-x-none.html

    Umumkan keputusan anda dalam kotak komen
    entri NTB2 - Episod 3
    sebelum Ahad - 20/5/2012
    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  17. congrats pcl dapat imuniti :D

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.