eh !...bangganya dia boleh marahkan suami depan orang ramai !!

Tuesday, May 01, 2012 Nazlee Ismail 16 Comments

salam semua...

alkisahnya petang tadi pcl bersama famili ke JJ Bkt Tinggi Klang. ...sedang kami turun menggunakan tangga eskalator dengan bersesak-sesak orang ramai di situ...kedengaran satu suara agak mengejutkan, "lain kali jawab la fon tu...menyusahkan jer" jerit dari seorang wanita 30an ke arah suaminya yang menanti di bawah.

kebetulan kami berada di hadapan wanita tersebut....semua mata memandang ke arahnya, tapi dia buat rilleks jer...tak habis setakat itu, kemarahannya makin menjadi apabila mendapatkan suaminya 30an bersama anak-anak mereka di bawah. macam-macam lah maki hamun dengan kata yang kurang enak didengar keluar dari mulut wanita tersebut, agaknya penat mencari setelah terpisah dek kesesakan orang ramai berkunjung kebetulan sempena cuti umum hari ini.

kalau begitulah sikap isteri terhadap suaminya di depan orang ramai, macamana  lah agaknya  layanan yang diberikan ketika di rumah?

pcl sendiri tersentap hati melihatnya..., mungkin dia tak dapat kawal perasaan marah agaknya..mungkin juga dia seorang bosses  di pejabatnya, gian memarahi pekerjanya lalu terbawa-bawa sampai waktu  shopping tak boleh silap sikit .

berbalik pada kisah tadi, sumainya dengan merah padam mukanya berlalu begitu saja. pcl tak sempat nak ambil tau lebih2... mamadiana dah tarik tangan pcl...keh keh...

sekadar nak mengigatkan sesama kita baik suami mahupun isteri atau yang sedang berpasangan....kawal lah perasaan marah/geram anda ketika mana sekali pun kerana ia boleh merosakkan hubungan yang sudah sedia terjalin.

persoalannya, adakah meluahkan perasaan marah itu perlu ditunjukkan kepada khalayak ramai ?


16 comments:

  1. salam pcl,

    takmo cium bau syurga la tu ...
    semoga Allah beri rahmat kesedaran kepada para isteri yang jenis macam tu ...
    setinggi mana pun jawatan ke kerjaya isteri tetap suami juga no1 ...

    ReplyDelete
  2. x elok betul kan,,,kalau nk marah2 cmtuh pon..biarlah sampai ke rumah dulu...!~

    ReplyDelete
  3. nasib baik kami laki bini jenis kalau marah pun ckp sepatah dua lepas tu diam.. nak jerit2 maki hamun jgn kan kt luar kt umah pn x pratik camtu. Kalau sy bkn suami yg malu.. sy yg rasa malu sbb tunjuk perangai buruk kt tmpt ramai org

    ReplyDelete
  4. KALAU ISTERI BEGITU ALAMAT KENA TANGANLAH..

    ReplyDelete
  5. malu bila kena marah depan orang ramai...aib orang kena jaga ini pulak nak aib suami sendiri...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Setuju dengan tuan rumah...tak kiralah suami @ isteri, memang tak patut sangat2lah jatuhkan air muka pasangan di khalayak ramai, kalau boleh depan anak2 pun...setiap orang ada harga diri dan air muka.

    ReplyDelete
  7. sian suami dia...x reti jaga airmuka suami jenis pempuan camni..( haih ni if suami ai dah lama makan penampar pe ) hehe

    ReplyDelete
  8. mesti malu suaminya.. tak pun mesti dah dikangkangnya suaminya itu....

    ReplyDelete
  9. aduh..mesti isterinya bengang sgt kat suaminya tu. dh tak tertahan...sound depan2 tu jugak

    ReplyDelete
  10. mesti balik rumah kena lempang dengan suami, nak lempang depan orang ramai suami segan... :D

    ReplyDelete
  11. kesian..jatuh air muka isteri nya

    ReplyDelete
  12. Erk? Klu le sy yg bt mcm tu kat husband sy.....entah2 tiada maaf bagimu kot?

    ReplyDelete
  13. kesian suami dia..mb isteri dia tu kena belajar banyak lagi tentang ilmu rumahtangga kot..hehe

    ReplyDelete
  14. kesian si suami tu....tak patut la marah2 mcm tu kan kat khalayak ramai...

    ReplyDelete
  15. kesian betul suami dia. apalah nasib dapat isteri mcm tu ek. hu trauma..

    ReplyDelete
  16. terlalu ikutkan perasaan. memang tak boleh dgn perempuan yg cepat naik angin.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.