emm…yer ke suami kini macam tu??

Thursday, May 24, 2012 Nazlee Ismail 11 Comments

Ada suara sumbang yang berkata2  "emm…yer ke suami kini macam tu??" 

pcl ; hanya isteri yang tahu dan pernah melaluinya  akan megiyakan akan kebenarannya...hakikatnya ini lah dia suami masa kini...dan yang utama didikan agama jangan dilupa !

Pencarian nafkah, pengurusan rumah tangga, mengasuh dan mendidik anak dilakukan bersama-sama dengan isteri tercinta. “..ayang, anak kita dah tanggal tali pusatlah yang…ayang rehatlah, biar abang pigi mandikan baby kita” 

Pandai mengambil hati isteri dengan mengingati hari-hari istimewa seperti hari lahir, hari perkahwinan, hari pertemuan pertama dan juga hari lahir anak-anak. Pasti ada sahaja kejutan dibuat seperti menghantar hadiah seperti bunga, kek atau hadiah-hadiah yang pasti menjadi idaman isteri dan membawa makan di luar bagi meraikan hari tersebut. “..ayang suka tak, abang dah book hotel 5 bintang kat Madinah. Tahun ni, kita celebrate hari pertama ayang balas sms abang, kat sana ye? Kita terus buat umrah sekalilah ye..” 

Ringan tulang untuk membantu isteri di rumah kerana memikirkan isteri juga penat setelah bekerja dan mencari nafkah di luar. “..ayang..abang dah masak nasi dah. air pun abang dah jerang. bawang merah, bawang putih abang dah kupas. lada kering abang blander..ayam yang abang kuarkan dah dari peti tu dah lembik abang rendam 2jam..apa kata ayang masak sambal ayam je hari ni. Senang sikit kerja ayang..” 

Bertolak ansur dan turut menguruskan rumah tangga bersama-sama. “..hari ni biar abang mop lantai pulak.ayang sapu2lah rumah dulu ye..abang pigi bancuhkan air mop,k” 

Mengasuh dan menguruskan anak dibuat bersama-sama isteri bagi meringankan beban isteri. “haha..ayang tau tak anak kita pancut kat muka abang masa abang tukar diaper dia. Abang rasa seronoklah pulak. Nanti anak kita berak ke, kencing ke, biar abang jelah yang handlekan,k.. “
sumber



11 comments:

  1. assalamualaikum PCL...alhamdullilah jika mendpt suami yg begitukan...hubby mama pun akan buat begitu jika ada masa kelapangan nyer...:)

    ReplyDelete
  2. mudah2an bakal suami acu ada lah ciri2 macam tu :)

    ReplyDelete
  3. Kakak percaya PCL sebab abang pun macam tu tapi ada satu bab tarikh apa pun abang tak pernah ingat kalau anak-anak tak sebut - hari lahir dia pun dia lupa hihi.... Hadiah pun memang taraklah... dia bagi bila dia suka.

    ReplyDelete
  4. stuju dgn entry ni.. tp aku x kawen lagik,... so x boleh nak praktikkan lagik.. hehe

    ReplyDelete
  5. ciri-ciri suami yang diidamkan oleh semua wanita...

    moga si dia pon seperti diatas.. :D

    insyaAllah

    ReplyDelete
  6. Siapa yg bertuah ada suami mcm ciri2 di atas tu? Sila kongsi cerita di blog. Hehehee...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah saya dapat suami seperti yg di atas.. saya bersyukur krn Allah mempertemukan kami.. bersyukur kerana pintu hati terbuka utk terima dia sbb mula2 dulu I HATE HIM!! hehehehe... segala kerja2 di rumah kami lakukan bersama... saya sibuk di dapur dia uruskan anak.. sya menyapu di dalam dia menyapu di luar.. saya menjemur pakaian dia melipat pakaian.. semoga ia akan berterusan hingga akhir hayat kami..

    ReplyDelete
  8. nmpaknya semakin rmai yang mendapat kesedaran sivik..hewhew :)

    ReplyDelete
  9. wahh...si isteri balas sms pon nak celebrate.. untung besar la ..haha

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.