'Kecanggihan' Bukan Penyebab Manusia Lalai dan Alfa

Monday, May 14, 2012 Nazlee Ismail 12 Comments

Assalamualaikum wbt,

Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana darinya, setiap huruf diberikan 10 kali ganda pahala kebajikan .

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/;

Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Jesteru, mari kita membaca Al-Quraan terus dari gajet yang kita gunakan sekarang ini, ..ambil sedikit masa yang sememangnya sidikit ini ...(kecanggihan bukan penyebab manusia lalai dan alfa) klik sini : http://www.surah.my/quran

insyaAllah kita akan mendapat Rahmat dari Allah Subhanahu Wa Taala.

klik jerr 


PCL ; ..saya salinan dari sumber ini untuk tatapan pembacaan seterusnya..

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.

Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.



KERUGIAN MEREKA YANG TIDAK MEMBACA AL-QURAN

Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.

Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.

PCL; Namun terdapat beberapa adap dan peraturan ketika hendak membaca Al-Quraan yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w, ...kita akan baca di entri yang berikutnya nanti insyaAllah.




12 comments:

  1. PCL dah dok dlm list saya la..

    hari tu mmg konfem lepas pandang..

    :)

    ReplyDelete
  2. thanks bro for the info... dan, blog bro da tersenarai dalam bloglist sy jugak. :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum pcl.

    tq kongsi ilmu..insyaAllah .

    tq ada iklan besar kat atas..tq byk2.

    semoga murah rezeki pcl sekeluarga.

    dah bg tahu kat agh jamal..tq juga.

    ReplyDelete
  4. INSYAALLAH.. MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMPERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN..

    ReplyDelete
  5. @cinnamon.com: Alhamdulillah.... sama-sama , pasal iklan tu ..biasa2 ja.

    ReplyDelete
  6. @hidayah: oh ya..ok xde hal lah.

    ReplyDelete
  7. @Boni JLL3: terima kasih bnyk2 Boni !

    ReplyDelete
  8. @fairus: insyaAllah sama2 kita buat yg terbaik.

    ReplyDelete
  9. INFO TERKINI - NEXT TOP BLOGGER 2
    Anda akan berada di ZON PECUTAN
    tidak lama lagi.
    Pastikan anda ada post sekurang
    kurangnya 1 entri dalam tempoh
    masa ini 15/5/12 hingga 17/5/12
    Tidak kisah entri apa sekali
    pun ada postkan.
    Rajinkan diri update blog ok!

    ReplyDelete
  10. kalau dapat istiqomahkan sehari satu mukasurat pun dah memadai..

    tak perlu ada alasan takut tersalah baca sebab tak pandai dsb sebab kalau tak pandai baca tu pepandai la cari guru untuk belajar..kekadang tu rasa sedih jugak bila ada remaja zaman sekarang ni yang lansung tak boleh nak membaca Al Quran..

    ReplyDelete
  11. @pipoq: Allahuakbar! ...bg yg dah berkeluarga tu. .kena ingtkan sama...didik anak seimbangkan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.