Malaysia Airlines Tawar Promosi Menarik Ke 9 Destinasi Antarabangsa

Thursday, May 10, 2012 Nazlee Ismail 10 Comments

K
UALA LUMPUR: Malaysia Airlines menawarkan promosi menarik kepada pengembara dan mereka yang gemar bercuti ke sembilan destinasi antarabangsa di Asean, China, Asia Utara, Asia Selatan, Australia dan Eropah mulai Rabu sehingga 11 Mei.

Tempoh tiga hari istimewa itu bagi tambang kelas ekonomi adalah sah untuk perjalanan yang berkuat kuasa dengan serta merta sehingga 30 Jun manakala tawaran kelas perniagaan sah bagi perjalanan dari 14 Mei sehingga 30 Jun, kata syarikat penerbangan nasional itu dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Naib Presiden Kanan Serantaunya bagi Malaysia & Asean Muzammil Mohamad berkata tambang-tambang itu adalah terangkum dan pelanggan boleh menikmati perkhidmatan hospitaliti premium dalam penerbangan tanpa sebarang kos tambahan.

Tambang pergi balik terangkum kelas ekonomi dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau Johor ke Frankfurt bermula daripada hanya RM2,699 dan ke Sydney daripada RM2,109. Destinasi-destinasi lain yang ditawarkan ialah Manila, Phnom Penh, Shanghai, Beijing, Seoul dan Mumbai.

Beliau berkata ini merupakan masa terbaik untuk berkunjung ke festival muzik terbesar di Filipina pada Jun dengan tambang udara kelas ekonomi mampu milik ke Manila daripada RM699 atau memilih percutian di Phnom Penh dengan harga RM609. Penerbangan ke Shanghai dan Beijing juga ditawarkan masing-masing bagi RM1,299 dan RM1,099.

Bagi hanya RM1,699, pelanggan boleh menempah tiket kelas ekonomi ke Seoul dan mempelajari lebih banyak lagi tentang budaya Korea di Festival Kebudayaan Prasejarah pada Jun.

Penggemar makanan eksotik India dan filem Bollywood boleh terbang ke Mumbai dengan hanya RM1,599 untuk menikmati sajian menyelerakan serta menonton wayang gambar pilihan mereka bersama dengan percutian mampu milik di India Barat itu.

Sementara itu, tambang kelas ekonomi pergi balik bermula daripada sehingga serendah RM1,715 dari Pulau Pinang ke Mumbai dan RM2,225 ke Sydney. Begitu juga, pelanggan yang berlepas dari Johor Baharu boleh membeli tiket ke Sydney dengan harga RM2,225 atau ke Frankfurt dengan harga RM2,815.

Bagi kelas perniagaan, tambang pergi balik dari Kuala Lumpur ke destinasi Asean seperti Manila dan Phnom Penh masing-masing bermula daripada RM2,339 dan RM2,089. Sementara itu, tambang ke Shanghai bermula pada RM4,499, Beijing pada RM3,799, RM4,799 ke Seoul, RM5,099 ke Mumbai, RM6,199 ke Sydney dan RM7,699 ke Istanbul.

Promosi ini ditawarkan menerusi semua saluran pengedaran Malaysia Airlines seperti www.malaysiaairlines.com, pejabat tiket Malaysia Airlines, akaun Facebook Malaysia Airlines, Pusat Panggilan bebas tol 24 jam di talian 1-300-88-3000 dan semua ejen perjalanan yang dilantik di Malaysia. - BERNAMA

 

10 comments:

  1. harga promosi tetap juga mahal :)

    ReplyDelete
  2. mas xmampu nak naik..hehe

    ReplyDelete
  3. @@cu SaYaNg: Acu lebih maklum ..kan, dah selalu sangat terbang ..

    ReplyDelete
  4. @hairy: dorang bg harga promosi tuh !

    ReplyDelete
  5. PCL & family g la Phnom Penh tu ... rm609 ... hehehe...masa kami g promo AA tu sorang dlm rm300..

    ReplyDelete
  6. @mak encik | SZ: kena alert lah dgn semua nih..

    ReplyDelete
  7. AnonymousMay 10, 2012

    huhu nie syok nak g bercuti nie..tapi selalu naik air asia je PCL..

    ReplyDelete
  8. hee..walaupun tgh promosi tapi tetap tak mampu lagi..hee~

    ReplyDelete
  9. tu lom kira airport tax lg kn?

    ReplyDelete
  10. zuzuzezeMay 10, 2012

    tahukah anda MAS akan bankrap tidak lama lg??? dan dgr kata mereka pinjam duit dkt EPF...dan....do u know wat will happen? we got no pension when we were retired in future..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.