PCL di mana ?

Sunday, May 13, 2012 Nazlee Ismail 10 Comments

Salam semua...salam 1 dunia blogger.

..Kalau kita insan yang disayangi famili dan orang-orang terdekat sekeliling kita, sudah semestinya kehilangan kita dipandangan mereka akan menjadi suatu tanda tanya..kan !

PCL di mana ?

ini kisahnya , sebelum tu nak tanya..pernah anda masuk hutan ?... aku !?, sudah tentu biasa kalau asalnya pon budak dari kampung ...tapi kena ingat...budak  kampung tak semestinya dia biasa dengan keadaan hutan.

ini berlaku semasa aku masih di awal remaja (sekarang ni pon ..masih lagi..keh2).
Hutang yang dimaksudkan ialah Hutan Lipur Tupah (sekarang ni dikenalai air terjun Tupah ..pernah glam suatu masa dulu dengan penghasilan video skodeng 18sx...syyssh!! malu depa).

Aku masuk hutan tersebut adalah dengan tujuan untuk mencari buluh lemang... sempoi dak!..bagus punya budak nak cari duit raya tuh ..haha.

Kawan aku punya abang, ..Abang Ajak nama dia. Dia ni bekas tentera, dah biasa sangat masuk hutan. Aku budak rajin.. tu pasal dia ajak teman dia sambil cari duit poket dan juga cari pengalaman....katanya benda bagus tak rugi belajar. Kalau nak diikutkan banyak lagi aktiviti yang aku boleh join sesama rakan sebaya dengan aku masa tuh...

Dalam hutan ni, kalau diikutkan memang menarik dan seronok bagi orang yang pertama kali masuk hutan...tercangak sana sini 'macam rusa masuk kampung'..eh terbalik plak perumpamaan nih...hehe.
..ok takpa, nak citer yang bestnya masa dalam hutan ni sungguh tenang rasanya...rasa bebas dengan kesibukan kota yang penuh sengsara dengan bunyi-bunyian yang menyakitkan telinga. Sedut udara...hembus..sedut dan hembus lagi dan lagi wuh ! nyaman giler !!...cam nak lepak lama-lama mak oii...(eh tetiba teringat emak kat rumah plak dah).

Yang tak bestnya masa dalam hutan tu biasalah...sentisa kelaparan, darah banyak habis dah dek dikerjakan oleh sang nyamuk dan pacat tanpa rasa segan silu langsung!...jauh perjalanan ke dalam makin dalam jauh ke dalam...huhu memang jauh tuh dengarnya...buluh lemang pon tak jumpa jumpa.

Nasihat Abang Ajak semasa berada dalam hutan. Abang Ajak ni dah ajar aku sesuatu perkara yang sangat berguna iaitu jangan pakai pakaian yang mengambarkan anda seorang tentera atau yang mempunyai lambang tentera...katanya takut disangka pengganas, kita ni adalah musuhnya .Walaupun !!...walaupun apa?....walaupun negara kita dah bebas sepenuhnya dari ancaman komunis. Jadi pakaian kami hari tu adalah sama macam pekebun lah..haha memang layaklah pon sebab tujuan pun nak cari bulu...eh bukan bulu lah !...nak cari buluh sebenarnya :).

Dalam hutan ni sudah pastinya tempat yang asing bagi kita, jadi aku pon sama amik tau awal-awal lagi dari ayahandaku....jadi beliau telah berpesan dan  melarang ketika dalam hutan dalam nada lainnya "bila ke hutan jangan lupa jalan pulang !".. mulut jangan celupar kalau tak mau sesat di sana...wuhu aku sentisa ingat pantang larang tuh.

every things was ok masa tuh, kami selamat pulang kerana aku budak yang mendengar kata.

Okeh, untuk makluman anda semua pembaca blog yang dikasihi bahawasanya anda sekarang sedang membaca entri 'TUGASAN IMUNITI' Next TopBlogger 2.

Awie Omar sebagai penganjur mahukan setiap peserta menjawab soalan seterusnya :

Nyatakan 1 haiwan yang ada di hutan Malaysia.
..anak pcl suruh tulis monyet sebab tiap-tiap petang ada saja monyet-monyet liar masuk dalam kawasan perumahan kami sekarang nih (harap 'mereka' pulang segera ke tempat asalnya)


Filem apa berkaitan hutan yang anda suka.
...sungguh aku tak tau apa tajuk filem nak nyatakan di sini...tapi mamadiana kata aku suka menonton filem Tarzan..keh2.

Apa pentingnya hutan pada anda?
..loh! mmang penting sangat hutan ni, kita kena hargainya kerana ia boleh menyeimbangkan lingkungan udara  tercemar dari asap-asap kenderaan dan sebagainya yang akan menyebabkan kesan pemanasan global semakin mengancam dunia khususnya negara kita.

gambar berlatarkan tempat kejadian ..

PCL : terima kasih membacanya sampai habis..

[Ini adalah entri untuk tugasan imuniti episod 2, NTB2] ....like ?...suka?



10 comments:

  1. Bro... aku suka hutan batu... senang dapat wifi...

    haha!

    ReplyDelete
  2. uish kenangan masa muda remaja ni..hehe..menarik..:)

    ReplyDelete
  3. @-gedek!: kalau boleh nk online/blogging di mana saja.

    ReplyDelete
  4. salam pcl,

    teringat zaman2 muda remaja dolu2 masuk hutan tapi tak berapa hutan la ... sebab nak g mandi air terjun ...
    hutan lipur gunung ledang ;)

    ReplyDelete
  5. okk saya kenal lubuk tupah pn pasal kisah tuu la. haha! masuk mastika kann. hehe

    penah sekali je jungle tracking dalam hutan.. huu

    ReplyDelete
  6. sejak sakit dah lama tak masuk hutan la pakciklie.. rindu nak pergi air terjun sekayu.. :)

    ReplyDelete
  7. masa kecik2 dulu rajin gak masuk utan, tapi da besar2 ni dah jarangh masuk utan.kalau masuk pun, mandi ayor terjun je..hahah..apa2 pun, gud luck utk tugasan ni bro

    ReplyDelete
  8. TERIMA KASIH sebab buat tugasan ni PCL :D memang satu pengalaman yang menarik.

    ReplyDelete
  9. good luck pcl. caiyalahh!! :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.