Penawar kepada Keras Hati atau Hati Keras.

Thursday, January 09, 2014 PCL 24 Comments

Assalamualaikum wbt..

Bersangkutan dengan sifat dan perbuatan manusia..

Apabila hati menjadi keras ia boleh mempengaruhi amal perbuatan yang dilakukan. Orang akan berasa ketajaman lidahnya apabila si keras hati bercakap, unsur maki hamun, menuduh tanpa fakta benar, mencaci dan merendah-rendahkan musuhnya semata-mata hendak menunjukkan kekuatan egoisme sendiri.

Sesorang itu sentiasa berada dalam keadaan tegang kerana konflik yang diciptakannya dengan orang lain. Jika bermuamalah menzalimi, kalau berniaga suka menipu, jika bersahabat cari peluang berkhianat, apabila kuat menindas orang lemah, hidupnya untuk memanipulasi orang lain demi kepentingan sendiri.

Betapa kerasnya hati orang yang tidak mahu mengakui kebenaran dan hidup di dalam kepura-puraan. Sembahyangnya tegak bersama kaum Muslimin, namun selepas habis ibadatnya itu ia kembali menyakiti orang di sekelilingnya begitu juga dengan ibadah yang lainnya seperti puasanya panjang setiap Ramadan, namun sungguh sayang puasanya itu menyebabkan hatinya semakin berlagak suci dan bersih dari dosa. Haji dan umrahnya setiap tahun berulang, tetapi rezeki yang dibawa ke tanah suci itu hasil penindasan dan kezaliman atau kerana sikap kedekut dan bakhil terhadap si miskin dan sanak saudaranya.



Ubat atau penawar kepada kekerasan hati

Daripada Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhuma berkata :

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras. (Hadith Riwayat Tirmizi)

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya ada seorang seseorg datang kpd Nabi s.a.w sambil mengadukan hatinya yang keras (kekerasan hatinya). Nabi s.a.w bersabda : "Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin." (HR. Imam Ahmad) .

#PCL ; adalah 'keras hati itu' sama maksud dengan 'hati keras' ... maka kedua-duanya itu adalah mengambarkan sifat dan perbutan seseorang.

wallahu'alam.




 

24 comments:

  1. kalo letakkan surah yg blh djadikan amalan, lg cantik n3 nie

    ReplyDelete
  2. salam jumaat pcl..

    nice info, kesimpulan yg saya dpt lepas baca enrti pcl...manusia semakin hilang akalnya kerana hati banyak buat keputusan...

    ReplyDelete
  3. nak semua sederhana dlm hidup.

    ReplyDelete
  4. PCL... kakak anak yatim tau (gurau aje)

    Rugi sebenarnya jadi org keras hati. Konon tak mahu makan/pergi dek kerana keras hati akhirnya melopong tak dapat makan/pergi walau dlm hati sebenarnya ada keinginan...

    ReplyDelete
  5. terima kasih berkongsi info PCL :)

    ReplyDelete
  6. @Bitt (double IS):..maksudnya kalu ikut kata hati boleh mati woOO..

    ReplyDelete
  7. @cinnamon.com: bagus kalu bersederhana dlm segala hal..terbaiklah makcik aku nih..

    ReplyDelete
  8. @Kakzakie: xsyen tak kena gaya lah tuh..mmg rugi.

    ReplyDelete
  9. MENUBAT HATI DENGAN SOLAT, ZIKIR, BERISTIGFAR...

    ReplyDelete
  10. bagus entry nie.. insya allah akan diamalkan

    ReplyDelete
  11. betul tu..kena banyakkan berzikir daripada bercakap.... thanks for sharing PCL :)

    ReplyDelete
  12. INFO TERKINI
    Terdapat segmen KAUNTER PERTANYAAN
    akan bermula dalam EPISOD 3 NTB2.
    Peserta boleh tanya apa yang tidak
    faham berkaitan dengan game ini
    di kotak komen entri NTB2. Jawapan
    dari setiap pertanyaan akan dijawab
    dalam setiap episod NTB2 (jika ada).
    Teruskan berbloging :D

    ReplyDelete
  13. PS : TERIMA KASIH PCL PASAL PROMOSI TU. TU HARI MEMANG NAK JOIN, AKHIRNYA SIBUK PULA SEHARI DUA NI.. NI BARULAH BOLEH LAYAN BLOG.. SIANG SIBUK DENGAN TUGAS,MASA REHAT JE DAPAT JENGOK SKIT2. MALAM PULAK, ANAK YANG CONQUER LAPTOP NI..

    ReplyDelete
  14. Dulu SA jenis keras hati...masa zaman anak2 dara dulu la..now..dah jadi mak..dah bercampur ngan orang..dah kenal dunia..automatic hilang semua tu...yg susah sekarang SA jadi jenis yang x sampai hati plak..acaner tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suria Amanda ; Keras lawannya lembut hati...mudah tersentuh dgn penderitann dan seumpamanya. Kalau macamtu bagus la SA

      Delete
  15. rajin baca alquran, rajin zikir dan wirid...ubatnya

    ReplyDelete
  16. Bagaimana nak melembutkan hati pemimpin2 kita supaya bekerjasama mengurangkan politiking dan memberi tumpuan kpd masalah rakyat yg kini sedang lemas dihimpit oleh masalah kos sara hidup dan harga barang yg melambung naik???

    ReplyDelete
  17. Biasanya, time-time remaja hati memang ada sikit keras. Dah tua-tua sikit, baru steady. Alaa, macam hati Roy dalam filem Gila-Gila Remaja tu. Hehe

    ReplyDelete
  18. Terima kasih perkongsian yang sangat bermanafaat

    ReplyDelete
  19. perkongsian yg sgt baik ni..ada org yg berhati keras melawan dgn perkataan tk kurang juga yg melawan dgn perbuatan tp paling bahaya yg melawan dlm diam...ini ikut pengalaman sy..,wallahualam

    ReplyDelete
  20. semoga dijadikan pengajaran, banyak amalkan bacaan alquran, insyaAllah mampu didik hati jadi lembut..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.