Penawar kepada Keras Hati atau Hati Keras.
Assalamualaikum wbt..Bersangkutan dengan sifat dan perbuatan manusia..
Apabila hati menjadi keras ia boleh mempengaruhi amal perbuatan yang dilakukan. Orang akan berasa ketajaman lidahnya apabila si keras hati bercakap, unsur maki hamun, menuduh tanpa fakta benar, mencaci dan merendah-rendahkan musuhnya semata-mata hendak menunjukkan kekuatan egoisme sendiri.
Sesorang itu sentiasa berada dalam keadaan tegang kerana konflik yang diciptakannya dengan orang lain. Jika bermuamalah menzalimi, kalau berniaga suka menipu, jika bersahabat cari peluang berkhianat, apabila kuat menindas orang lemah, hidupnya untuk memanipulasi orang lain demi kepentingan sendiri.
Betapa kerasnya hati orang yang tidak mahu mengakui kebenaran dan hidup di dalam kepura-puraan. Sembahyangnya tegak bersama kaum Muslimin, namun selepas habis ibadatnya itu ia kembali menyakiti orang di sekelilingnya begitu juga dengan ibadah yang lainnya seperti puasanya panjang setiap Ramadan, namun sungguh sayang puasanya itu menyebabkan hatinya semakin berlagak suci dan bersih dari dosa. Haji dan umrahnya setiap tahun berulang, tetapi rezeki yang dibawa ke tanah suci itu hasil penindasan dan kezaliman atau kerana sikap kedekut dan bakhil terhadap si miskin dan sanak saudaranya.
Ubat atau penawar kepada kekerasan hati
Daripada Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhuma berkata :

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya ada seorang seseorg datang kpd Nabi s.a.w sambil mengadukan hatinya yang keras (kekerasan hatinya). Nabi s.a.w bersabda : "Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin." (HR. Imam Ahmad) .
#PCL ; adalah 'keras hati itu' sama maksud dengan 'hati keras' ... maka kedua-duanya itu adalah mengambarkan sifat dan perbutan seseorang.
wallahu'alam.
Tweet
kalo letakkan surah yg blh djadikan amalan, lg cantik n3 nie
ReplyDeletesalam jumaat pcl..
ReplyDeletenice info, kesimpulan yg saya dpt lepas baca enrti pcl...manusia semakin hilang akalnya kerana hati banyak buat keputusan...
nak semua sederhana dlm hidup.
ReplyDeletePCL... kakak anak yatim tau (gurau aje)
ReplyDeleteRugi sebenarnya jadi org keras hati. Konon tak mahu makan/pergi dek kerana keras hati akhirnya melopong tak dapat makan/pergi walau dlm hati sebenarnya ada keinginan...
terima kasih berkongsi info PCL :)
ReplyDelete@syariza09: Terima kasih.
ReplyDelete@Bitt (double IS):..maksudnya kalu ikut kata hati boleh mati woOO..
ReplyDelete@cinnamon.com: bagus kalu bersederhana dlm segala hal..terbaiklah makcik aku nih..
ReplyDelete@Kakzakie: xsyen tak kena gaya lah tuh..mmg rugi.
ReplyDeleteMENUBAT HATI DENGAN SOLAT, ZIKIR, BERISTIGFAR...
ReplyDeletebagus entry nie.. insya allah akan diamalkan
ReplyDeletethanks pcl. nice ntry.
ReplyDeletebetul tu..kena banyakkan berzikir daripada bercakap.... thanks for sharing PCL :)
ReplyDeleteINFO TERKINI
ReplyDeleteTerdapat segmen KAUNTER PERTANYAAN
akan bermula dalam EPISOD 3 NTB2.
Peserta boleh tanya apa yang tidak
faham berkaitan dengan game ini
di kotak komen entri NTB2. Jawapan
dari setiap pertanyaan akan dijawab
dalam setiap episod NTB2 (jika ada).
Teruskan berbloging :D
PS : TERIMA KASIH PCL PASAL PROMOSI TU. TU HARI MEMANG NAK JOIN, AKHIRNYA SIBUK PULA SEHARI DUA NI.. NI BARULAH BOLEH LAYAN BLOG.. SIANG SIBUK DENGAN TUGAS,MASA REHAT JE DAPAT JENGOK SKIT2. MALAM PULAK, ANAK YANG CONQUER LAPTOP NI..
ReplyDeleteDulu SA jenis keras hati...masa zaman anak2 dara dulu la..now..dah jadi mak..dah bercampur ngan orang..dah kenal dunia..automatic hilang semua tu...yg susah sekarang SA jadi jenis yang x sampai hati plak..acaner tu...
ReplyDeleteSuria Amanda ; Keras lawannya lembut hati...mudah tersentuh dgn penderitann dan seumpamanya. Kalau macamtu bagus la SA
Deleterajin baca alquran, rajin zikir dan wirid...ubatnya
ReplyDeleteBagaimana nak melembutkan hati pemimpin2 kita supaya bekerjasama mengurangkan politiking dan memberi tumpuan kpd masalah rakyat yg kini sedang lemas dihimpit oleh masalah kos sara hidup dan harga barang yg melambung naik???
ReplyDeleteBiasanya, time-time remaja hati memang ada sikit keras. Dah tua-tua sikit, baru steady. Alaa, macam hati Roy dalam filem Gila-Gila Remaja tu. Hehe
ReplyDeletenice entry.. :)
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian yang sangat bermanafaat
ReplyDeleteperkongsian yg sgt baik ni..ada org yg berhati keras melawan dgn perkataan tk kurang juga yg melawan dgn perbuatan tp paling bahaya yg melawan dlm diam...ini ikut pengalaman sy..,wallahualam
ReplyDeletesemoga dijadikan pengajaran, banyak amalkan bacaan alquran, insyaAllah mampu didik hati jadi lembut..
ReplyDelete