Akulah Komando

Saturday, June 02, 2012 PCL 9 Comments

Ini adalah misi sebenar pengembaraan dalam hutan bertemakan jungle blog tracking oleh Awie Omar.

Merupakan Tugasan Imuniti minggu ke 6.


.. dulunya aku masuk hutan dengan tujuan mencari buluh lemang sempena musim perayaan Hari Raya Aidil Fitri....kisah tu dah berlalu bertahun lamanya dengan kenangan masam manis sebagai jati diri.

Untuk kali ini, lain pulak halnya...aku ditinggalkan keseorangan di dalam hutan yang asing demi untuk memenuhi cabaran selanjutnya sebagai seorang ahli komando.

Rentetan awal bermula apabila aku ditawarkan  untuk menghadiri sesi ujian ketahan mental.
dek kerana aku ingin sangat berkhidmat dalam pasukan komando negara, aku menerimanya dengan semangat yang berkobar.

Kalau diikutkan saiz fizikal , aku memang lepas...mantap dah , ada ciri-ciri ketahanan diri dan juga mentaliti yang memberangsangkan.



Kami seramai sepuluh orang dari beribu pemuda Malaysia yang telah disenarai pendek. Diarahkan tinggal di tengah hutan selama sebulan berseorangan itulah cabarannya.

Penuh 1 bag galas belakang sarat dengan bekalan makanan, khemah, kompas, peta, peralatan untuk memasak disediakan cuma untuk seminggu sahaja.

Setelah beberapa hari melalui detik sukar di dalam hutan bersendirian, suatu kejadian yang tak disagka telah menimpa diriku..aku sangka makanan yang dibawa cukup untuk beberapa hari lagi..tapi malangnya ia tak cukup...silap atas diriku yang tak pandai mencatur keadaan.

apa nak buat, perut hari ini memang sangat memerlukan makanan dan minuman..dah tak daya nak meneruskan misi.

"dalam keadaan darurat, Komando boleh makan apa saja untuk hidup"..teringat kata-kata Guru Pelatih semasa dalam kursus suatu ketika dulu.


saat paling membahagiakan apabila dapat meratah seekor anak ular sawa yang saiznya sebesar betis aku dan panjanya 2 depa lebih. Ular sawa adalah sumber protin utama untuk badan ....makan seekor boleh tahan kenyang sampai 3 hari...tak tipu lah..kalau tak percaya ,...korang kena cuba !..percayalah cakap komando nih...

dalam masa yang sama jugak...memang dugaan bertambah dugaan.,,khemah dirosakkan oleh binatang buas..aku rasa ini kerja babi hutan yang dengki kat aku sebab curi ular sawa yang dibunuhnya tadi...Tuhan bayar kes tau !!...ingat jangan buat naya pada binatang sekalipun...terimalah..padan dengan muka aku.

Nak buat macam mana lagi...tidur berselimutkan daun pisang gajah la jawabya...nak selesa cmana !, dalam hutan kena fahamlah kan...tu pun nasib guru aku ajarkan..kalau tak... bole mati kesejukanlah jawabnya...

Khemah yang koyak rabak tadi tu aku buat bantal...kelas gitu..keh2...huhu boleh senyum lagi tu bila dalam derita...

nak hidupkan unggun api memang tak boleh la...lighter tak leh pakai.. dah basah...emmh , macis lagi la tak guna....tinggal kotak jer...apa la dorang tu, sediakan bekalan untuk seminggu tapi suruh tinggal sebulan...ada ka patut ?..patut  ke tak ....kena teruskan juga demi semangat yang tengah membara nih.

Itu semua tak jadik hal, coobaan kecik je ponn ... aku kan komando, komando Malaysia !...harus ada kepakaran hidupkan api, tapi aku tak perlu itu semua...kalau nak makan , makan je lah mentah-mentah lagi sedap tau...tak perlu masak dah.

Cuma satu jer yang sangat mencabar mentaliti aku...

Huh !...apa kejadah bunyi pelik sangat nih, siap panggil nama aku...tau pulak dia...... " P....C...L"...

"P....C...L" ....         "P...C..L".....kalau sedap takpe gak., mengerunkan.

aku cuba menenangkan diriku dengan mengatakan itu cuma usikan dari pegawai yang ditugaskan khas untuk memberikan cabaran metal kepada peserta ahli komando terlibat.

eh..makin lama makin dekat la....makin seram plak nada suaranya...

Aku cuba berlari untuk menjauhkan diri...makin hampir plak kedengaran suara seram itu..huhuhuhu !!

susahnya berlari dalam kegelapan malam , dah la lampu picit tak menyala...habis bateri la plak !!, kompas pun hilang entah ke mana, kalau ada pun tak boleh nampak...gelappp !!

Pada masa yang sama aku berdoa..Ya Allah Berikanlah Aku Cahaya. dan keluarkanlah aku dari hutan ini.

Itulah kisahnya, cerita ini tak dapat diteruskan kerana aku tak ingat apa yang berlaku setelah aku berlari dalam kegelapan malam hutan . *(menurut cerita pegawai yang berkenaan, aku dijumpai pengsan dan ditemui 500 kilometer dari tempat aku ditinggalkan pada mulanya ).

Syukur aku masih di sini untuk bercerita kisah "Akulah Komando".



sekian.


nota : gambar hiasan dari google.com



----------------------
 SOALAN  TUGASAN IMUNITI MINGGU 6:
Situasi : Anda sekarang berada betul betul di tengah hutan. Apa yang anda lakukan jika... 1. Bekalan makanan dan minuman anda telah habis. 2. Khemah anda telah rosak dan tidak dapat dipasang semula. 3. Kompas dan peta anda hilang. 4. Lighter dan mancis habis, lampu picit tiada bateri. 5. Terdengar bunyi bunyi yang pelik pelik. 6. Anda tersesat bersendirian.


  


9 comments:

  1. 500 km? huhu jauhnya lari.hikhik.good luck

    ReplyDelete
  2. menarik juga ceritanya PCL.. macam benar-benar sahaja..

    ReplyDelete
  3. kisah benar la ni ye PCL?

    ke rekaan semata-mata? tak berapa paham/ tak sempat mengikuti tugasan2 imuniti PCL ni..heeee

    ReplyDelete
  4. @Rozuan Ismail: hik3..sebenarnya 50 kilo jer pun...berita yg dilaporkan tu salah info baragkali.

    ReplyDelete
  5. @fairus: ada kisah sebenarnya berlaku tp ...

    ReplyDelete
  6. @mak encik | SZ: hahhaaa...sekadar memenuhi kehendak soalan...tp berdasarkan kisah benar seorang kawan "mat komando" namanya...

    ReplyDelete
  7. WOW!! deno suka cerita komando! kalau yg dlm filem pun best! :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum PCL

    atuk tak minat jadi komando...he he

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum PCL...alamak jadi Komondo yer....takutnya kalau dok dlm hutan tu seseorang menyeramkan...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.