Anak Juga Boleh Mengalami Stres

Tuesday, June 12, 2012 PCL 11 Comments


Stres wujud apabila sumber permintaan sekeliling melebihi keupayaan yang ada pada diri sendiri.


Kasihan melihat anak yang dipaksa belajar bukan untuk memenuhi cita-cita mereka tetapi untuk memenuhi hasrat ibu bapa.  Anak mula rasa tertekan sekiranya mereka merasa mustahil untuk mencapai kejayaan yang tinggi hingga akan berputus asa, kecewa dan murung setelah gagal mencapai impian ibu bapa. Ibu bapa sepatutnya melihat dahulu sama ada mereka telah memainkan peranan yang sebaiknya dalam membantu merealisasikan kecemerlangan itu sebelum meletakkan tekanan ke atas anak. Ini termasuk menyediakan keperluan asas seperti buku, peralatan serta tempat belajar. Kelengkapan yang cukup adalah penting dalam memastikan anak dapat belajar dengan selesa di samping ibu bapa sendiri mengikuti perkembangan dan kemajuan anak di sekolah.

Anak termasuk remaja juga boleh menjadi bertambah stres sekiranya mereka sering melihat ibu bapa bertelagah.

"Jangan terlalu beremosi di depan anak. Kalau perlu juga bertengkar lakukan di bilik tidur. Beritahu dulu anak yang emak dan ayah mahu berbincang perkara yang agak serius.

Bukannya anak remaja sahaja yang boleh stres malahan anak kecil pun boleh mengalaminya..

Baca selanjutnya di sini...[Anak Juga Boleh Mengalami stres] semoga kita , khususnya ibu bapa dapat iktibar untuk merialisasikan kehidupan berkeluarga yang harmoni.



11 comments:

  1. AnonymousJune 12, 2012

    betul tu.. jika syg lebih pd anak yg lain juga boleh mendtgkn stress pd anak

    ReplyDelete
  2. wahh ini seperti saya yg selalu stres :D
    berkunjungnya sob

    ReplyDelete
  3. stress sbb dipaksa belajar dlm bidang yg tak degemari bhy gak....

    kalau bidang yg dia minat,kurang la streess nye...

    tp time study mmg stresss.

    ReplyDelete
  4. harap anak2 agh tak stress lah.
    yg stress agh adalah.

    ReplyDelete
  5. SAMA-SAMALAH MENJAGA SUPAYA DIRI KITA, ANAK-ANAK TIDAK STRES..

    ReplyDelete
  6. Akak tak pernah paksa anak2 belajar sekadar beri dorongan dan panduan. Kalau malas esok kerja cuci jamban mau?

    ReplyDelete
  7. kalau paksa pun bukan dorang nak buat dengan ikhlas.. nanti dorang memberontak kita jugak yang susah..
    tegas tu perlu tapi tengok pada situasi..

    ReplyDelete
  8. kalau nak paksa biarlah yg cenderung pd minat anak tersebut.. pd Queen sendiri, Queen melihat anak Queen lbg cenderung kpd sukan bola & badminton dan harapan Queen moga suatu hari nnt anak Queen boleh jd seorg pemain bola yg berjaya atau seorg pemain badminton spt dato lee chong wei...

    ReplyDelete
  9. @JunAina: abah sy penah jgk ckp macam tu dulu2..:)

    ReplyDelete
  10. sedangkan baby dalam perut pun boleh stress..lagi la yang dah lahir tu..so sebagai ibu bapa kena pandai kawal emosi diri dan kawal keadaan..stress tak baik utk perkembangan minda anak2..

    ReplyDelete
  11. selalunya kalau saya terlepas..mesti saya akan pujuk mereka setengah jam kemudian...belai mereka sungguh2... sehingga mereka lupa apa yg berlaku sebelum itu..saya pon masih baru 6 tahun mendidik mereka maka ada kekurangan ada jugak kelemahan...jup nak baca link tu :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.