Angkara kucing : Angkat kaki dengan alasan yang serupa..

Saturday, June 02, 2012 PCL 8 Comments



salam semua...

berentri dari tempat yang tak berapa selesa...
bau kucing merata-rata...deria hidungku tak boleh terima semua ini...

tapi , apakan daya ini kediaman mertuaku...
bermasam muka dengan ipar bukan tindakan yang bagus apatah lagi melukai hati dan perasaan orang tua..nauzubillah, jauhilah aku dari perbutan keji itu...

di sebabkan dia, mak menaggung derita, sedara mara datang tak tahan lama...
angkat kaki dengan alasan yang serupa..

dah berkali diingatkan , nak jaga haiwan itu...jagalah dengan rapi, diri sendiri tak tertanggung ...sebaliknya ada hati nak berbudi..minat mengatasi segalanya, tapi dia buat selamber jer..

 " Jika tidak dapat memberi manfaat sesama muslim , janganlah mendatangkan mudarat baginya. Jika tidak dapat membuat gembira sesama muslim , maka jangan membuatnya bersedih. Jika tidak dapat memuji sesama muslim , maka janganlah mencelanya." - Yahya bin Mu'az.

pcl ; ..takbleh tahan bau najisnya...yeakk!!.



8 comments:

  1. Jangan macam tu bro, kita kena cari jalan selesai, aku just nak bagi cadangan bro, ape kata kita keluarkan sedikit modal untuk menyediakan sangkar untuk binatang kesayangan nabi nie, sediakan tempat yang betul2 strtegik diluar rumah, insyaallah kedua2 pihak tak merasa kecewa.. heheheh :)

    cadangan je bro :)

    ReplyDelete
  2. @! Arjunakirana !: thnks arjuna...dah sediakan tmpt utk kucing2 tu tapi depa lbh suka 'membelai'nya setiap masa...kesian MIL sy jd mangsa keadaan.

    ReplyDelete
  3. hurm.. macam mana dia jaga kucing kalau tak betul2 awasi? memang perbuatan mulia membela kucing ni, tapi janganlah sampai mengabaikan kebersihan..

    ReplyDelete
  4. PCL, ada tak buat Tugasan Imuniti Episod 6? Kalau ada mesej cepat2 kat kotak komen episod 6 sebelum 12 tgh malam ni ye. terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. ish..angkara kucing..kucing tidak salah sebab xde akal..yang salah,manusia yang xreti utk guna akal....wallahua;lam..huhu

    ReplyDelete
  6. tumpang simpati dengan mertua...rasa kena nasihat juga ipar tuh!!

    ReplyDelete
  7. AJARKAN KUCING TU BERAK DAN KAMBUS.. JANGAN BERAK MERATA-RATA.. ADA HAIWAN BOLEH FAHAM KALAU KITA AJAR..

    ReplyDelete
  8. erk.. deno pun tak tahan bau najis kucing! kat umah deno ada bela juga kucing dan mak deno ada beli pasir kucing dan letak di dalam sangkar belakang rumah.. kucing deno, Comel dan Michelle tahu bila nak buang kat mana.. jadi mmg tak berbau.. the, kucing2 deno tak dibenarkan masuk rumah sebab dockor deno mmg tak bagi.. deno mudah sgt kena jangkitan kuman, jadi kucing duk luar je... makan tido pun kat luar.. kucing2 deno tu macam faham tak boleh masuk rumah..

    hmmm... kalau nak jaga kucing kena rajin dan jaga betul2 bagi bersih kawasan dia berak tu, barulah tak berbau.. mak deno slalu tukar pasir kucing tu.. kalau beli pasir kucing kan, mmg tak berbau! betul! beli pasir khas!

    p/s: sabar ye PCL...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.