Bersyukurlah menjadi HambaNya.

Saturday, June 23, 2012 Nazlee Ismail 4 Comments

Bila kita degil, mungkin mak kita cubit telinga kita Bila kita tak ikut cakap, mungkin ayah kita akan rotan kita Bila kita mungkir janji dengan kawan kita, mungkin kawan kita akan murung seminggu dengan kita , tapi..

Bila kita tak solat, Allah tetap bagi kita nikmatNya.
Bila kita tak puasa, Allah masih beri kita rezeki .
Bila kita mengumpat, Allah masih bagi kita peluang untuk berkata-kata.

Sungguh, Allah itu Maha Penyayang Walaupun hambaNya terus menerus melakukan kesalahan dan kesilapan Dia tetap mencurahkan kasih sayang dan nikmatNya.

Bersyukurlah menjadi HambaNya.
Buat apa yang diperintahkanNya.
Tinggal apa yang dilarangNya.
Jangan sampai Allah turunkan kemurkaan ke atas kita ...

Atas DOSA yang kita lakukan..

dari fb Cikguku LanNadiba





pcl : jom kita pekena mee hoon sup pepagi nak ?...mee hoon sup kampuchea !! nanti sy cerita  pasal nie..insyaAllah.





4 comments:

  1. sgt2 benar tu PCL.. Allah x pernah menzalimi kita.. tp kita yg seringkali menzalimi diri sendiri dan tidak mensyukuri segala nikmat Allah...

    p/s: cam sedap je tue..

    ReplyDelete
  2. Allah itu Maha Penyayang...terima kasih atas peringatan ni :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum PCL

    teringat Ramadhan sebulan aje lagi..

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg baik..tQ

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.