Bila kita kena umpat, itu maknanya orang tu ingat kita... Hmmmm, terharunya saya...

Tuesday, June 05, 2012 PCL 11 Comments

Assalamualaikum wbt...

Salam pagi Selasa...pagi ni saya berada di kamar sendiri bukan lagi di atas 'rakit' seperti hari sebelummnya.

Sesuatu yang menarik ingin dikongsikan di sini iaitu tentang perbuatan mengumpat. Perbuatan ini sebenarnya adalah suatu virus berbahaya dalam kehidupan seharian manusia, jesteru Islam sangat melarangnya dan memandangnya sebagai suatu yang jelek. Di dalam Al-Quran, Allah menggariskan dengan jelas, satu perumpamaan yang jelek dan hodoh bagi orang yang suka mengumpat.



Firman Allah ta’ala :
” Dan janganlah kamu mengumpat sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. Adakah kamu suka untuk memakan daging bangkai saudara kamu, maka sudah tentulah kamu akan merasa jelek..”

Orang yang sengaja mengumpat, atau orang yang memang hobinya suka mengumpat, adalah orang yang tergolong dalam kategori jelek iaitu memakan bangkai yang busuk dan hanyir, di mana tidak ada seorang manusia pun akan tergamak melakukannya.




kalau nak diikutkan keseronokan , secara zahirnya memang seronok berada dalam aktiviti tersebut, apatah lagi jika sesama ‘geng’ sendiri.



Sabda Nabi s.a.w : ” Zikruka Akhaka Bima Yakrah ”
Bermaksud ; kamu menyebut sesuatu tentang saudara kamu, yang mana jika dia dengar, dia akan marah.
Lalu para sahabat bertanya ; Bagaimana pula jika apa yang disebut itu sesuatu yang benar tentang orang tersebut? Maka jawab Nabi s.a.w ; Kalau kamu sebut benda yang tidak benar, ia jadi fitnah. Kalau sebut benda benar, kamu jadi mengumpat.


Namun ada keadaan-keadaan yang tidak dikira sebagai mengumpat. Antaranya adalah dalam hal mengadu kezaliman suami kepada hakim. Itu masuk dalam perbincangan lain. Apapun, fokus utama kita adalah sedaya upaya muhasabah diri sendiri dan keluarga supaya tidak tergolong dalam aktiviti 'menganyam ketupat', mengelakkan diri sendiri daripada terperangkap dan menyuntik mesej-mesej dakwah dan peringatan tentang bahaya virus ini kepada mereka-mereka yang gemar mengumpat.

Status cikgu saya dalam laman muka bukunya berkenaan perkara ini iaitu,

Orang Yang MENGUMPAT Perlu DIHARGAI ?

Bila kita kena umpat, itu maknanya orang tu ingat kita... Hmmmm, terharunya saya... Orang yang mengumpat sebenarnya orang yang 'baik' sebab dia nak transfer pahala dia pada kita. Alahaiiii susah-susah aje tau... Orang yang mengumpat adalah penggemar setia kita yang banyak menghabiskan masa memikirkan kesalahan dan kelemahan kita. Jadi secara realitinya, si pengumpat telah mengakui kehebatan kita. Syukur alhamdulillah... Si pengumpat sebenarnya cemburu dengan kita. Ye ke?! Alahaiiii la engkau... Si pengumpat nak jadi macam diri kita. Sebab tu dia mengumpat kan?!


>sebahagian artikal dari sumber ini.

PCL; kita selalu kata yang kita ni memang tak pandai nak anyam ketupat...eh memang betul pun..kan !! especially kaum LELAKI...makan ketupat boleh la. keh3.

 

11 comments:

  1. Hahahahah! Perenggan yg last tu bt sy senyum sendiri. Tp ada betulnya kan?

    ReplyDelete
  2. Menganyam ketupat tidak sudah
    makan ketupat lagi mudah
    buat dosa bermadah-madah
    di akhirat kelak menanggung padah

    ReplyDelete
  3. manusia zaman sekarang buat ketupat tak kira waktu. Rayer lambat lagi tp ketupat dah siap. hua3...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum PCL...alamak ayat yg last tu yg bestnya ....nak anyam ketupat ni memang best ada juga org lelaki yg pandai anyam ketupat ni...

    terasa macam nak raya je...:)

    ReplyDelete
  5. lelaki zaman skrg bila mengumpat kalah perempuan tau.. hehehehe tp Queen sukala dgn status cikgu PCL tu.. susah2 aje kan...

    ReplyDelete
  6. hurm...bila kita diumpat, pahala orang tu akan serta merta pergi ke kita.. hehe.. kita tak rugi apa2 pun.. biarkan je lah orang yang mengumpat tu

    ReplyDelete
  7. Org lelaki kalo ngumpat lg hebat.. Hahaha

    ReplyDelete
  8. siapa la nk ngaku keburukan diri sendiri..kan??

    ReplyDelete
  9. TAK BAIK MENGUMPAT.. BERDOSA.. KALAU SAYA KENA UMPAT, LAGILAH.. SAYA AKAN RASA MACAM SESUATU YANG TAK KENA..

    ReplyDelete
  10. minta tuhan jauhkan kita daripada sifat2 mazmumah mcm yg pakciklie beritahu tu...

    p/s: betul ke kalau kita tgh mkn tiba2 terbelahak atau batuk tandanya ada org umpat kita... deno slalu dgr mcm tu... betul eh PCL?

    ReplyDelete
  11. biarlah kita tak tau tentang sesuatu yang kurang elok tu, nanti kita pun turut sama terjebak bercerita tentangnya.. dari menambah dosa baik kita tambah pahala.. ;)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.