Cari Blogger 'Papa' niche Kekeluargaan.

Thursday, June 21, 2012 PCL 14 Comments

Assalamualaikum...

Dengan rendah dirinya saya mohon jasa baik anda semua pengunjung di sini supaya  dapat menyenaraikan atau berkongsi dengan umum nama2 blog/website lelaki (sahaja) , 'niche' ; pengisian entrinya lebih kepada KEKELUARGAAN. 


Kalau taktau apa tu 'niche'..boleh rujuk sini.


Agak susah juga ye, nak jumpa Blog dengan bloggernya dikalangan bapa-bapa , yang sedia ada hanyalah dimonopoli oleh kaum suri kebanyakkannya.

jujur saya nyatakan di sini, saya amat mengkagumi mereka, mungkin saya sendiri tak terjumpa semasa blogwalking.

untuk makluman juga, ini bukanlah projek 100 blogger Bro kita nih, ianya lebih kepada mahukan perkongsian pengalaman sesama bloggers.

pssst... bapa/suami orang, sebenarnya sibuk dengan kerjaya..mana nak sempat blogging nih....apa lah pcl ni..buat2 tak paham plak !

pcl : dalam beribu ribuan Bloggers Malaysia...tak kan takda dua , tiga kot! (pakciklie.com amat mengalu-alukan anda di sini).


TQ.



14 comments:

  1. Suatu ketika dulu...saya dan suami sama2 ada blog sendiri...tapi hari ni tinggal blog saya je yg masih hidup...blog suami dah sepi...

    ReplyDelete
  2. blogger perempuan pun sibuk jugak..ada yang bekerjaya..
    sempat jugak blogging..ekekek

    ReplyDelete
  3. hahaha..sangattt..kaum ibu/wanita pun bekerjaya tau.. :P

    bapa pada kembar tiga amrafahan dah ada? ada kat blog list saya..

    ReplyDelete
  4. BLOG SAYA KANDUNGANNYA BERCAMPUR ADUK..

    ReplyDelete
  5. haah laa jarang para papa jd blogger.

    ReplyDelete
  6. betullah a.long..susah jugak cari blog bapa2 ni..yg banyak blog ibu2 hehee

    ReplyDelete
  7. errrr... ada tp mungkin bercampur-campurlah niche diorg tue.. :) contohnya ben ashaari skrg ni pun dh lbh kpd niche kekeluargaan sejak dpt baby.. yg lain2 nnt Queen tolong bg kalau ada eh.. kena buat research dulu ni.. kihkihkih

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum PCL...banyak kot blogger2 yg dr kalangan bapa2 kot salah seorang adalah...

    http://pipoq.blogspot.com/
    http://www.teratakarmo.com/
    http://pakdinrasa.blogspot.com/
    http://atuk-phd.blogspot.com/
    http://menara-kehidupan.blogspot.com/
    http://sun3tpini.blogspot.com/

    cuba2 la PCL jengah mereka mana tahu ada yg boleh menjadi kekawan di alam maya ini...:)

    selamat berblogging yer...

    ReplyDelete
  9. emmm... jarang deno jumpa blog2 ayah2 ni... tak byk...

    ReplyDelete
  10. AnonymousJune 21, 2012

    aah Pcl banyak blogger dimonopoli perempuan..ekeke..tapi seronok jugak baca blog..kekeluargaan nie..suka tengok diorang update pasal2 anak2.macm blog papa mifz..

    http://www.papamifz.com/

    ReplyDelete
  11. @Mrs.R: faham dgn kekangan memasing...klu jadikan blogger sepenuh masa, mgkn itu sudah jd kerjayanya.

    ReplyDelete
  12. @diana: semuanya bergantung pd minat seseorang.

    ReplyDelete
  13. hehehehe... kemain lg nk list out ye.

    ReplyDelete
  14. sesekali nak gak layan blog dari kaum bapa.. menambah ilmu kekeluargaan..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.