Fenomena Gerhana Bulan Separa (Partial Lunar Eclipse)

Friday, June 01, 2012 PCL 2 Comments

Assalamualaikum,

berikut adalah email jabatan yg sy terima untuk dihebahkan kepada umum :
Salam sejahtera & Salam 1 Malaysia Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Bersempena dengan fenomena Gerhana Bulan Separa (Partial Lunar Eclipse) nanti, Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan berbesar hati menjemput Tuan/Puan dan keluarga untuk bersama-sama menyertai program di atas. Untuk makluman, selain daripada menyaksikan Gerhana Bulan Separa, orang ramai juga akan berpeluang untuk mencerap planet Marikh dan Zuhal. Gerhana Bulan Separa seterusnya hanya akan berlaku semula pada April 2013. Maklumat berkenaan program pencerapan tersebut adalah seperti berikut: Tarikh : 4 Jun, 2012 (Isnin) Masa : 8:00 malam hingga 10:00 malam Penyertaan : PERCUMA Tempat : Planetarium Negara Kuala Lumpur Besarlah harapan kami agar pihak Tuan/Puan dan keluarga dapat bersama-sama menyertai program pencerapan ini. Mohon juga kerjasama pihak Tuan/Puan untuk ’LIKE’ FACEBOOK MALAYSIA LUNAR ECLIPSE bagi mendapatkan gambar-gambar fasa gerhana bulan secara langsung daripada Sabah bermula dari jam 7.10pm hingga 8.10pm. Kami juga berharap pihak Tuan/Puan dapat memanjangkan jemputan ini kepada keluarga dan rakan-rakan.


KUALA LUMPURL: Rakyat Malaysia dapat menyaksikan dua fenomena falak minggu depan iaitu gerhana bulan separa pada Isnin dan transit planet Zuhrah melintasi matahari pada Rabu...mStar 1/6/2012

sisipan : http://hafidzyoungscientist.blogspot.com



2 comments:

  1. Agak2 sempat tak nak tgk minggu dpn? Sy mcm teruja pd transit planet zuhrah tu. Heee~

    ReplyDelete
  2. first time dapat tengok bulan separa cam tu..bentuk cincin kan..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.