Itulah masalahnya pada diri kita.

Monday, June 25, 2012 PCL 7 Comments

Assalamualaikum..

Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Nasihat baginda Rasulullah saw, lebih kurang begini bunyinya..:





..agar kita melihat orang yang dibawah dan jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur.

Itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.

Sudahnya , yang dikejar tak dapat...yang dikendong berciciran..

pcl : kalau kita masih punya ibu, ..ambillah peluang mohon ibu doakan keinginan kita..insyaallah doa ibu itu berkat. dan jangan pula  lupa doa yang berterusan untuk kedua ibu bapa kita.

*(23,25 Jun  adalah besday ayahnda, bonda sy...sentiasa mendoakan mereka sihat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki)


7 comments:

  1. kalau selalu sgt org yg lbh dari kita mmg kita x pernah rasa cukup dgn apa yg kita ada...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum PCL...selamat hari lahir buat ayahanda n bonda PCL yer...:)

    ReplyDelete
  3. betul3.. sentiasa la doakan kedua ibu bapa kita walau di mana kita berada sekalipun

    ReplyDelete
  4. selamat ulang tahun kepada mereka, semoga diberi kesihatan dan kegembiraan :)

    ReplyDelete
  5. manusia tak pernah puas dgn apa yg ada, harap2 kita tak kufur nikmat la kan.. ibubapa tiada galang gantinya, kalau patah takkan tumbuh & kalau hilang pastinya takkan kembali..
    i luv my mum, i luv my dad..
    selamat ulangtahun ye utk parents PCL ;)

    ReplyDelete
  6. moga ayah dan bonda PCL sentiasa di bawah lindunganNYA dan dianugerahkan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian..

    ReplyDelete
  7. pada pandangan saya tak salah pendapat PCL tu..

    tapi kata kata rasulullah tu adalah ditujukan kepada orang yg suka merungut dengan kesusahan dan tak pandai bersyukur..

    sbb islam menggalakkan kita berusaha keras cari duit..tanpa melupakan tanggungjawab sebagai muslim..bersedekah..bayar zakat..

    sebab tu pernah ada rasulullah kata. beribadatlah seolah olah esok nak mati dan bekerjalah seolah olah akan hidup seribu tahun..

    so kita kena faham konsep syukur yg disarankan oleh rasulullah.. baginda tak pernah sama sekali limitkan sampai mana dan banyak mana org islam cari rezeki.. firman Allah.rebutlah segala peluang yang menjanjikan balasan baik di hari akhirat..tapi habuan dunia jangan dilupa..maksudnya memang kita digalakkan utk cari rezeki yg banyak..tapi jgn lupa amal bekalan utk hari akhirat..

    apa yg rasulullah pesan suruh tengok orang yang lebih sukar dari kita adalah ditujukan bagi orang yg selalu merungut dengan kesusahan mereka..

    pendapat saya mengikut kefahaman saya dan apa yg saya dengar dari ceramah yg saya ikuti..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.