Jumaat lagi..'angguk tanda faham sangat'.

Friday, June 22, 2012 Nazlee Ismail 8 Comments

..emmherr ..mata dah kuyu depan pc nih.. kalau masa dengar khutbah jumaat  jap lg..macam manalah ngantuknya tu eh.

Jumaat lepas ,sesekali akan tersengguk juga... 'angguk tanda faham sangat' dengan penyampaian khatib  tu :)...

Orang tua2 dulu selalu pesan, sebaiknya kalau boleh jangan makan sebelum jumaat..nanti mata dan kepala jadi 'berat' tunduk ke lantai...makan selepas pulang dari masjid, itu lebih bagus walau pun tiada dalil mana2 hadis menyatakan...ikut secara logik la kan.. memang bila dah 'sengkak' , masa tulah nak cari pot baik punya...tiang, dinding saf paling belakang dan pot tersorok jadi pilihan... *ini dulu2 masa zaman kanak2 baru nak hilang hingus lagi masa tu..

Sekarang ni bagus gak tengok dikebanyakan masjid, ada AJK masjid tertentu mengupah pasukan RELA, ada Relawati khas yang ditugaskan memantau anak2 yang baru nak belajar bersolat Jumaat supaya jangan buat bising dan selainnya menjaga keselamatan luar masjid terutamanya kawasan parkir kenderaan. elok jugak la..bebudak jadi takut nak tidur dalam masjid apa lagi bermain-main dan buat bising sebab 'pemerhati' bawak rotannn!

nat wat cmner deh..ngantuk xleh tahan..


tapi masalahnya..orang yang lebih dewasa pulak tunjuk teladan yang tak sepatutnya tuh.. yang duk bersembang , macam tak penah belajar tentang hukum mendengar khutbah... yang tertido plak, siap dengan 'bunyik'nya sekali...aduss !! (gambar hiasan dari google)

 

8 comments:

  1. Geng-geng nak mengangguk ni mesti awal-awal dah port duduk kat saf pling blkg ni. Haha.

    ReplyDelete
  2. kalau bab agama ni mmg cepat je mata tu layu.. tp kalau bab hiburan.. g konsert confirm x berat mata tu kan..

    ReplyDelete
  3. yang tido tu dah biase,yang jenis tido sambil berkeruh tu,buruk perangai.hahahah

    ReplyDelete
  4. tak tau nk komennnn sb tak mkn pun ade yg tido gakkk..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum PCL...ada juga yg mcm ni kat masjid kan...:)

    ReplyDelete
  6. yg tido tu biasa tambah2 mereka2 yg duduk kat belakang..bersandar kat dinding, memang tido nyenyak la :)

    ReplyDelete
  7. haha selalu sgt tgk cmni...haha

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.