Laknat : Mohon jauhi dari dalam diri kita.

Monday, June 18, 2012 Nazlee Ismail 6 Comments

Assalamualaikum..

Ketika marah, ... kita terkadang tidak mampu mengawal ucapan dimulut
entah apa-apa saja terlintas dalam kepala ...dan2 terkeluar perkataan seumpama melaknat...

melaknat apa sahaja, samada melaknat manusia, melaknat binatang, melaknat benda-benda mati atau melaknat sesuatu hari atau zaman...dan ada juga yang sanggup laknat diri sendiri.

Bapa laknat anak, suami laknat isteri atau sebaliknya...nauzubillah.

"....dan sesiapa melaknat seorang mukmin maka ia seperti membunuhnya."
Hadis Riwayat al-Bukhari, Fathul Jami' :10




Saya pernah dengar dalam ceramah suatu ketika sebelum ni... pelaknat tidak boleh menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat nanti., lagi satu kena ambil kisah tentang laknat ni ;

Jika laknat tersebut diucapkan secara aniaya (naya), maka dengan izinNya ia boleh kembali kepada diri orang itu sendiri...seperti  meminta dijauhkan dari rahmat Allah.

Mohon dijauhkan dari perbuatan laknat melaknat ini.

pcl; sumpah seranah, maki hamun...hurm...kira laknat juga tuh kan, .....jangan duk "puuiii" tak tentu hala... lagi2 nak dekat musim PRU ni lagi ler...huhu....umum ni ! sama je sebalah mana pon . orait !

 

6 comments:

  1. kalaulah dosa yang dicatat kita nampak, kita pasti akan teragak2 untuk melakukan kesalahan..

    ReplyDelete
  2. Kadang2 dalam dok kontrol terkeluar jugak. BODOH pun laknat jugakkan? Terutama bila bawak kereta. Nauzubillah...

    ReplyDelete
  3. bawa byk bersabar. sbb ti sya mmg x suka maki2

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum PCL...betul tu moga kita dijauhkan dr membuat perkara2 yg x elok mcm tu...:)

    ReplyDelete
  5. luarannya..saya rasa saya dah makin penyabar..tapi kadang2 dalam hati tu keluar jugak kata kata laknat..kena banyak istighfar lagi....

    ReplyDelete
  6. erk... minta dijauhkan semua tu...

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.