Mak makan garam lebih dulu dari hangpa semua...!

Thursday, June 28, 2012 PCL 8 Comments

Assalamualaikum..

...pengalaman mengajar kita segalanya... menjaga keharmonian rumah tangga,... semuanya perlukan pengalaman dan pengorbanan.

Sudah tentunya apa yang harus kita pelajari dari mereka yang lebih terdahulu dari kita .. jangan memandang remeh terhadap pandangan dan teguran yang diberikan  lebih2 lagi ibu/mertua kita sendiri...

contoh , biasanya mak mertua aku akan kata "mak  makan garam lebih dulu dari hangpa semua... ikut saja lah apa yang mak cakap nie"  cam tu lah jawabnya kalau orang tua2  jika cakap mereka dibantah.


Aku selalu mengiakan saja, walaupun kekadang tu ada yang tak perlu .... biasalah...seharusnya setiap permasalahan kena raleven dengan masa dan keadaan sekarang compare to masa dulu2...


Yang penting ..harus diingat, jaga hati mak kita atau mak mertua kita bila depa nasihatkan sesuatu..jangan terus2 membantah * walau tak suka sekali pun..nanti lain pulak jadinya. 


Hati mertua sama dengan hati dan perasaan ibu bapa sendiri jugak....kena jaga baik2 agar jangan terguris. Berdosa besar kalau kita ada menyakiti mereka...segera mohon ampun! 


psst ..ingatkan bonda aku nak datang sini cuti minggu nih, tp tak jadi la plak...driver (adik2) tak dapat cuti !, mak mertua pon tak jadi jugak....ada hal lain yang perlu dibereskan.







8 comments:

  1. betul tu... semua mak kita dah lalui dulu.. dan syurga di telapak kaki ibu

    ReplyDelete
  2. sometime yg makan garam dulu pun salah jugak kan....almaklum la manusia biase juga :)

    ReplyDelete
  3. ialah sabar yer.. memang apa yang pernah di lalui dorang xnk kita lalui jugak..

    ReplyDelete
  4. memang betul, kdg2 yg makan garam dulu pun salah jugak tetapi sbg anak, kita kena gunakan cara terbaik untuk menjelaskan benda tu supaya hati ibu tidak terluka.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum PCL

    Syurga di bawah telapak kaki ibu

    ReplyDelete
  6. senang cerita setiap nasihat tu kita terima jelah walau kita rasa salah.. tp pilihan masih di tgn kita sama ada nk ikut atau pun tidak.. mereka sbg org tua sekadar memberi nasihat dan jgn sesekali membangkang kalau kita tak suka.. mudahkan?

    ReplyDelete
  7. setuju dengan komen daripada NAL..hehehe..

    ReplyDelete
  8. eemm.. contoh dalam pantang.. ada yang kata itu boleh, ini boleh.. serba-salah dibuatnya.. kalau tak ikut nanti kecik hati sedangkan itulah sumber tenaga untuk memulihkan diri dan anak..

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.