Mengalah tidak bererti kalah..

Thursday, June 21, 2012 PCL 15 Comments

Assalamualaikum..

Dalam frasa hidup berumah tangga, "sedangkan lidah lagi tergigit" sememnagnya sudah biasa.
Daripada sudut positifnya, sebenarnya pergaduhan/pertengkaran itu adalah bagi mencapai tujuan sesuatu yang terbaik. Inilah yang sering terjadi dalam hidup kebanyakan pasangan suami isteri.

Sekalipun anda di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau anda beralah lagi-lagi dalam perkara yang melibatkan rumah tangga sendiri?

Orang yang beralah akan menang besar kemudiannya. Banyak perkara mungkin akan berlaku dapat dielakkan. Mengalah tidak bererti kalah, anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul, tapi kalau dah betul-betul salah tu ..emm, sebaiknya menagaku saja lah, habis.. titik !

Ibubapa sendiri selalunya akan berpihak kepada anaknya sendiri...ingat tu !
Sebolehnya jangan libatkan mereka. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.

pcl : simpan rahsia keluarga sebaiknya...dan satu lagi, nak gaduh2 boleh tapi jauhkan dari pandangan dan pendengaran sekeliling terutamanya anak-anak anda.



 

15 comments:

  1. hurmmm asam garam rumah tangga..

    ReplyDelete
  2. betul sgt tu PCL.. kalau bergaduh x perlu bawa org lain dlm masalah kita.. sebaiknya selesaikan sendiri suami isteri. dan elakkan juga utk bergaduh dihadapan anak2..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum PCL...bagus tu n3 yang menarik ni mekacih sbb suka ingat mengingati sesama kita...:)

    ReplyDelete
  4. Gaduh-gaduh tak pernah minta diajuhkan na'uzubillah... tapi kalau masam-masam muka ada PCL. Bila solat baru sedar besarnya dosa... taubat tapi godaan syaitan kadang membuat manusia lupa...

    ReplyDelete
  5. baca amik ilmu..hehe

    ReplyDelete
  6. acu selalu mengalah bila bergado walau pun terbukti acu tak salah sebab malas nak panjang2 kan cite....

    ReplyDelete
  7. wlupun tgh gaduh, jgn tunjuk dpn org..yer dak...hihi..nak-nak yg tgh dlm proses baru brp bulan kawen ni kan..kikiki

    ReplyDelete
  8. Mak akak selalu menangkan menantu. Kalau mengadu mesti dia kata sudah le tak yah gaduh2 mengalah jelah. Tak pun tak pasal2 kita kene sound balik ngan mak...ekekeee...

    Tapi serius mak akak memang sayangkan menantu lebih dari anak (ye ke?).

    ReplyDelete
  9. @maszull: W'slm.. mamaMZ lg banyak ilmu SRT...kan :)

    ReplyDelete
  10. @MAY: masih baru..gado2 pun sweet jer....:)

    ReplyDelete
  11. @JunAina: owh ye ke kakJun, tu pasal la ramai menantu gado nk menangkan hati mertua...:)

    ReplyDelete
  12. good advice untuk saya walaupun blom kawen lagi... :)

    ReplyDelete
  13. TETAPI KITA TIDAK BOLEH DUK MENGALAH SELALU.. HABIS KEPALA KENA PIJAK NANTI..

    ReplyDelete
  14. yup... sgt setuju dgn pcl! :)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.