Nak Sewa Sugar Glider ...ada ?

Thursday, June 14, 2012 PCL 12 Comments

Hanis Umairah : 14/6/2012 - Selamat Hari Lahir ke 11. semoga jadi anak yang baik, solehah.

ada kisah lainnya :

hurmmm... hendak sangat dia memelihara  haiwan yang bergelar 'Sugar Glider' tu. (sebenarnya itu bukan hadiah permintaannya ).




'Birthday Girl'...bersama kakanya husnina.




tapi...
kami risau sebab...selalunya minatnya kepada sesuatu hobi itu tak kekal lama...tengok saja lah hamster haritu..tak samapai sebulan dengan alasan hamster takleh nak main-main pegang..(sebenarnya kami yang tak galakkan pegang, cuma tengok dari luar sangkar jer..."mana syok macam tu!"..kata Hanis Umairah yang selalu mengadu pada kakaknya).





then sekarang minatnya berubah kepada haiwan yang ini plak...

Hendak membela SG ni bukanlah satu perkara yang mudah macam bela hamster..ia memerlukan penjagaan yang sangat merumitkan dan kos maintenance yang agak tinggi....kalau dia hendak membela SG hanya sebab kecomelan, lincah dan sebab nak ikut trend tengok member ada , baik lupakanlah  dulu buat sementara waktu yang terdekat nih..



"tunggu adik ada banyak masa nanti...,  tunggu adik rajin mengurus diri dulu, ...adik tak leh bagi komitmen susah nanti, kesian siksa binatang...nanti adik jadi malas nak baca buku, buat keja sekolah...tidur lewat...bla..bla.."  mamadiana..



pcl ; ...kesian plak tengok dia....nak tanya kat sini (pembaca)...boleh sesapa pemilik SG yang nak bagi sewa SG untuk sebulan dua ke? ...boleh runding dengan saya kat  Fb. (link)..serius nie !!





12 comments:

  1. betul, bila dah pandai uruskan diri sendiri baru boleh diizinkan untuk bela memana haiwan yang dia suka.. ;)

    kalau ada sistem sewa haiwan teringin gak nak try.. kihkihkih..

    ReplyDelete
  2. erk.. mmg pencinta haiwan ye umairah nie.. ;) Kalau Queen mmg tak la.. geli.. hehehehe

    p/s: selamat hari lahir buat Umairah semoga menjadi anak yg solehah taat pada perintah Allah dan ibubapa

    ReplyDelete
  3. salam pcl, ermm sugar glider mane leh sewa sbb dia akan rapat ngan tuan yg bela dia..bila bertukar tgn x mustahil sugar glider tu x kan bertahan lama...

    ReplyDelete
  4. MENATANG TU PUN SAYA TAK PERNAH TENGOK..

    ReplyDelete
  5. Happy birthday girl

    acu pun suka haiwan2 mcm nie tapi malas nak bela sebab takut terabai je nanti...

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum PCL...selamat hari lahir buat Hanis Umairah yer...

    p/s teringin nak merasa bela SG ni yer...:)

    ReplyDelete
  7. :)...saya pembela sugarglider...tak tahu pulak ada khidmat menyewa suggies ni...:)

    kalau khidmat bounding tu ade la...

    harga sugar glider kenkadang boleh dapat serendah rm200.00, tapi kena tunggu time nyer, kenkadang ade yang nak letgo jer ..:)

    saya nasihatkan, buat research tentang penjagaan, pemakanan dan dll hal berkaitan sugar glider sebanyak mungkin..termasuk akta penjagaan di perhilitan :)...

    jemput tgk blog sugar glider saya

    http://suggiesatsetia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum PCL

    selamat hari jadi Hanis

    moga menjadi anak yg solehah

    ReplyDelete
  9. Owhhh...ini yang selalu diingat-ingatkan oleh mamadiana ye...Hepi bufday dari untie...

    Anak2 memang macam tu rasa tak tertolak permintaan mereka tetapi bila melibatkan benda2 yang memerlukan pemerhatian ni jadi leceh sikit. Sekarang ada SG tukan trend tapi akak gelilah nak pegang2...

    ReplyDelete
  10. hepy besday sweety...ala mmg xde SG nak bagi sewa pun...mmg comel SG ni tgk ada kwn2 blg yg bela.tp sendiri nk bela tak la...tak terbela nanti...:)

    ReplyDelete
  11. selamat hari lahir buat umairah dari sis deno! kirim salam kat umairah ya pakciklie :)

    ReplyDelete
  12. saya pernah terserempak dengan pemeliharan haiwan tersebut...dan sempat interview kerana doubleIS pon teruja mehh....abang tu kata...nak jaga susah...kdang dia takut...tak boleh letak tempat terang2 sangat...dia boleh hyper bila bertemu kanak2 hyper, mcm doubleIS...macam mana adek ismeth gaduh dgn abg mcm tu la dia akan main dengan tuannya...terus masa tu doubleIS pandang sesama sendiri...hahahah yess pandai abg tu trick derang... tapi abg tu cakap memang payah gak nak bela disebabkan abg tu bujang lagi so senang la.... ;)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.