Selamat Tinggal Sp..

Friday, June 08, 2012 PCL 20 Comments

Salam pagi Jumaat.

Daripada Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : " Barangsiapa yang ingin umurnya dipanjangkan dan rezekinya ditambahkan , hendaklah dia menjalin hubungan silaturrahmi dengan baik kepada saudara-mara ibu bapanya ." [ H.R. Ahmad ]

Pagi ni pcl n famili akan ke Parit Buntar Perak menuju kerumah bondaku..
dah beberapa hari kat Sg Petani ni...biasalah, selalunya suami akan selalu mengalah dalam hal-hal sebegini.
balik rumah keluarga isteri dahulu..

korang / suami korang / keluarga belah korang macam mana ?


bagi pcl, semua ini tak menjadi isu..., tiada perbalahan untuk kerumah siapa dahulu..dalam kes ni memandangkan kami akan menghadiri kenduri rumah sepupu di Sungkai, perjalanan menghala ke selatan
akan dimanfaatkan.

Alhamdulillah, keluarga sebelah saya terutama bonda faham dengan situasi begini, anak dia lelaki, dia tak berapa nak kesah sangat...asal balik jenguk dia sekejap pon jadilah....tapi jangan tak balik langsung! katanya...hehe.

Berbeza dengan anak2 perempuannya (2 org tu je adik perempuan sy), kalau mereka beraya, hari pertama mesti di rumah bonda dahulu...macam tu juga kalau berpantang...(mungkin naluri wanita macam tu).

Itu pasal lah saya bersenang hati mengikut isteri kerumah mertua terlebih dahulu...orang perempuan memang rapat dengan ibunya...suami kena saling memahami...jangan ikut sedap mulut dan suka hati saja...emmm, korang yang baru kahwin tu kena sabarlah yer...fahamkan keadaan dan kontrol perasaan ketika membuat sebarang keputusan.

ok setakan ni dulu...doakan sy selamat  dalam perjalanan...insyaAllah dalam 2 jam perjalanan sampailah kami di sana.

babai.

pcl ;...rindu mak abah saya..., rindukan makanan kat warung kita, sambal ikan keli n gulai sembilang abahku.

 

20 comments:

  1. kelak jika saya berumah tangga, pasti akan mengalami situasi yang sama kan... nice... semoga segalanya d permudahkan...

    ReplyDelete
  2. waaaaaaaaaaaaaaa nak nangis dulu!! sbb dah terlepas angka 500000 tu.. sob.. sob.. sob.. mlm td x on9 sbb ada kenduri di Kuala Selangor..

    anyway back to topic.. Bg Queen dan suami mmg langsung tiada masalah kerana kami berasal dari daerah yg sama iaitu Klang dan rumah mak ayah hanya sebelah kampung sahaja. Kalau raya pula biasanya mmg ikut giliran setiap tahun tp untuk adil pagi rumah Queen, t.ari rumah suami, tahun depannya pagi rumah suami, t.ari rumh Queen.. senangkan? tp agak penat la sbb lari sana lari sini.. kdg2 tu sehari boleh 3 4 kali ulang aliknya.. :)

    ReplyDelete
  3. Bakal org Lunas...Insyaallah....
    Hope xda apa2 la sbb mmg dekat :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum PCL..semoga dipermudahkan semuanya dlm perjalanan menuju ke teratak bonda n ayahanda...:)

    ReplyDelete
  5. @Gen2Merah: manfaatkan pengalaman kenkawang sbg pedoman..carilah ilmu rmh tangga selain ilmu pendidikan.

    ReplyDelete
  6. @QueeN TerataI: alahai..sy yg menanti dgn taat pn bole trlps no tu...
    ..untung queen dua2 famili dekat...best kan, tp xde rasa nikmat perjlnan blk kpg...huhu nikmat ke?

    ReplyDelete
  7. @Cik Z@i Pen@nG: owh..bakal org kedah gak ea...t.kasih mendoakn.

    ReplyDelete
  8. ...bestnya kalau sume suami macam PCL....
    he he he
    aman...
    x payah toss coin...

    ReplyDelete
  9. KITA LELAKI.. BUAT APA MENGALAH? SESEKALI MENGALAH TIDAK MENGAPA..

    ReplyDelete
  10. kalau saya,dekat je rumah 2 keluarga...dlm 15minit je naik kete...hihi..:D

    smg slmt pcl!

    ReplyDelete
  11. wah parit buntar!! rindunya kampung halaman...

    ReplyDelete
  12. @fairus:

    cam nak carik gado jek... hehehe...

    ReplyDelete
  13. @maszull:alhamdulillah, dh slmt smpai..tq.

    ReplyDelete
  14. @mamaijat:haha tos coin!...lambung syiling ke..
    ada cara masing2..ikutlah mana yg perlu.

    ReplyDelete
  15. @fairus:bg sy tgk keadaan..megalah pn bkn maksud kt kalah...toleransi tu penting dlm rmh tangga..

    ReplyDelete
  16. @Permata ™:best la. .modal pn x bnyk kuar...tq.

    ReplyDelete
  17. @Boni JLL3:pt bntar...tringat cita hg padai UFO kt sini.

    ReplyDelete
  18. setakat ni takde masalah sebab family ai dengan en. suami dekat.. ;)

    ReplyDelete


[PENAFIAN]
www.nazlee.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.